Wednesday, November 27, 2013

Maaf

Assalamualaikum

Hai Readers . Lama tak bersua. Bukan sebab aku malas dan bukan sebba takde idea, tapi entahlah . Idea , tetiap hari datang , rasa waktu tu jugak nak update tapi... Bila dah dengan semangat nak update tu sampai depan keyboard. *krikrikrik* Tak tahu pesal.

Aku harap korang faham kay kepada siapa yang merindui aku . HAHAHA, kau manusia kan ? Aku pun manusia. Kau pernah buat silap, aku pun pernah. Itu lumrah setiap manusia yang hidup di dunia yang fana ni. Kau tak pernah ? Kau alien , kut.

So, bila dah hidup, banyak kesalahan yang telahpun kau, aku dan dia dah buat . Tak perasan ? Takpe, itu memang silap kita sendiri, sebab kita rasakan yang diri kita ni perfect dan tak pernah buat salah makanya dengan itu, bila dah rasa diri kita sempurna dan perfect, wujudkah perasaan malu akan perbuatan kita dan mahukah anda memohon maaf. Memang tak lah, sorry to say dear . Tu bukan korang je yang pernah jadi macam itu, aku pun. Aku tak pernah nafikannya.

Ya, Dulu, Dulu aku memang rasa akulah paling sempurna, semua aku buat semua betul, semua aku cakap semua betul. Senang cerita memang A1 lah aku katanyaaa.Haaa tapi tu dulu. Dan aku dah sedar.. Dengan perasaan bajet perasan serba sempurna camtu , ada ke yang nak suka kita ? Memang A1+++ lah jugak orang takkan layan kau.

Rasa ketidakpuasan hati waktu tulah mula wujud, dan rasa asdfghjkl lah pulak akan datang kat dalam diri kita . Ya lah, tak sedih ke , kau hidup, kau datang sekolah, pergi kem, takde siapa layan kau. Tapi eh aku takdelah sampai takde yang layan dan aku takdelah sampai nak menegakkan benda yang tak betul habis habisan. Dan alhamdulillah masih ada yang nak layan aku. Kay back, takde siapa layan , dah tentu tentu hidup kau jadi sunyi sayup , waktu tu baru nak menyesal nangis semua macam perasaan keluar . Asyik serba tak kena. Haaaa waktu tu barulah padan dengan body kau. Kan dah kenooo, orang dah mula boikot kau.

Jadi bila dah jadi macam tu, waktu macamtulah baru kau rasa menyesal dan nak minta maaf. Tapi tengok juga apa yang kau dah buat dekat orang yang nak mohon maaf tu . Kalau kau dah aniaya dia teruk teruk, malukan dia teruk teruk , tengok nasiblah . Kalau orang tu jenis pemaaf takpe, kalau jenis perangai cam aku juga, tunggu lah sampai aku mimpi kau dalam tidur. Wakaka kay takdelah , aku pemaaf . Lainlah kalau orang tu tak cari pasal ngan aku, dia kutuk mak bapak aku , soo dia minta maaf lah sendiri kat mak ayah aku. "Haaa nangis lah ceni". Nangislah takde sape kesah. :P

Soo, permohonan maaf tu penting, takde guna kalau kau still terus hidup terus terusan nak menang je selalu, sampai orang pun dah bosan ngan kau sampai kau pun diabaikan. Apa motif hidup cemtu kan ? So bila dah mohon maaf , orang terima maaf kau sambil peluk  erat maaf kau. Time tulah kau akan rasa indahnya hidup, dan tak rasa sunyi dan sepi lagi. Itulah motif permohonan maaf , Maaf maaf maaaf. Tak salah pun mohon maaf tu, cuma mungkin kau akan rasa ego kau tercalar ..

Dan bila orang yang meminta maaf tu mohon maaf , lagi lagi kalau dia buat slaah kat korang tu sikit punya ciput takde menjejaskan apa apa. Korang punya nak forgive dia sampai kau balas dendam jatuhkan maruah dia. Kalau aku lah jadi orang yang kena jatuh maruah tu memang taklah . Baik blah cari kawan lain minta maaf kat orang lain. Kalau dosa dia sikit je kat kau, alah maafkan jelah.. Takde cuit pun apa apa. Kay , my dearest friendsssss. :P

Allah S.W.T. paling menunggu hambanya yang mula mula memohon maaf , orang yang meminta maaf  akan jadi lebih mulia daripada yang tak memaafkan orang tu. Faham tak ? Kay , tak faham cari google . :D

So. Kbyee

Thursday, September 5, 2013

Friendship..


ASSALAMUALAIKUM

HAI HAI HAI HAI HAI ! Excited semacam je aku malam ni pehal ? Haha . LOL , kay, actually aku tengah bersedih . Meratapi hidup aku dengan seorang diri, kay , TU TIPU . Sama sekali menipu. Haha . Tapi yang sedih tu ! BETUL ! Hmm , tah . Aku tak tahu lah .. Aku sendiri masih meraba dalam kegelapan untuk mencari jawapan kepada soalan itu.

Sedih sangat ke hidup aku ? Uhukuhuk. Susah untuk aku nyatakan .. Kisah hidup aku jauh lebih sedih berbanding cerita hidustan lakonan keluarga Kappor tu. Haha . Sorry brader or sister ? Aku tak layan cerita hindustan ni. Haha . :P Jangan tanya aku kenapa ? Kay, nak tahu juga ? Takpe , aku kasitahu.. Selain dari pada Malay drama yang asik pasla bercinta tu je, aku juga layan citer omputeh. Haha . China ? Boleh lah, tapi aku tak suka ceirta kungfu terbang terbang bagai tu. Macam mengarut je. Nampak benor photoshopnyaa. HAHA . DAN......... Korea ? Hmm , Tak pernah tengok movie depa kay, just tengok Running Man dngn Persembahan artis artis Kpop tu adelah. Haha . Nampak tak kebatakan untuk aku tidak ketinggalan ? haaaa , tu dia . Melalut dari topik asal.

So kay, back to the topic and the title of this entry... Hmm , "Friendship"... Ahhh , Friendship.. Hubungan persahabatan lebih kuranglah, malas aku nak menggogle bagai. Kay, korang ada kawan ? Ke takde ? Kay, kalau takde tu.. Sila terjun gaung .. Sedih betul kisah hidup kau, takde kawan. Hmm , apa takde langsung manusia kat MALAYSIA yang tercinta ni ke ? Hahaha. Kay, tak lawak.

Hmmm , lagi sekali. BTTP... Kawan kay, nak tanya ? Kawan kau ! Hahaha, sesiapa jelah . Nak tanya... Adakah kau ada 'Bestie' ? Puih, ayat rempit siaaa. Haha.... Adakah kawan kau tu baik snagat ngan kau ? Adakah kau ada kawan yang perangai dia susah untuk kau gambarkan ?

Kay, aku sebagai seorang manusia yang bergelar pelajar dimana saja aku berada, orang tetap akan panggil aku seorang pelajar. Entahlah , aku pun tak tahu pesal. Dan itu bukanlah benda yang aku nak smapaikan . Yang aku nak smapaikan, sebagai seorang pelajar yang belajar disekolah begitu juga dengan orang lain, maka dengan ini, aku sebagai seorang pelajar , mempunyai KAWAN, Bukan seorang ? Tapi kalau dikira kira dari darjah satu tu aku kenal, nak sampai separuh seribu jugalah kot yang aku kenal..Haha, kay, waktu cenggini, aku bersyukur... AKu dilahirkan dimuka bumi yang fana ni, dan dihantar ke sekolah, untuk menuntut ilmu, dan berkawan, serta belajar adab. Tak macam sesetengah ornag yang tak beradab tu kay. AKU BAIK. aha. Dalam entri aku, mana boleh tak puji diri sendiri derr. Mestilah kena puji. Hahahhaa...

LOLOLOLO, cam bangang je ayat aku . Kay, Jangan hiraukan ! Haha. LOL , just aku nak kata .. Korang ada kawan right ? Yeah ! Satu benda aku nak tanya :-

"Adakah benar? Kau rasa kawan kau tu seorang insan yang layak digelar SAHABAT atau KAWAN..?"

Chop , ada orang tanya....
"SAHABAT dengan KAWAN tu bukan sama ke?"

Haha, kay kay .. Sini aku nak ajar kau. Ceh, ayat aku serupa cam ayat orng tak beradab. Kay, minta maaf .. Kay, sini saya beritahu .. Apa itu KAWAN dan apa itu SAHABAT ?

Kay, aku rasa , aku perlu kasitahu korang .. Pasal benda ni. Tanggungjawab aku sebagai Teenagers..  Sebab apa ? Sebab aku takanak korang salah pilih Kawan , lalu terjerumus ke lembah yang meng-alpa-kan. Ehem ehem... Sat naa , nak jadi motivator ni kena guna yata dramatis. HAHA .

SO then , apa itu KAWAN ?

Kay, kawan.... adalah sejenis perhubungan antara seseorang dengan seseorang. Ke kau memang tak faham kawan tu apa ? GILA LAH WEI NAK TERANG! kay, Kawan ni, act.. ada banyak jenis. Jenis menjahanamkan, melalaikan, mendiamkan,  memburukkan dan setia pada satu masa . Seee , Haaa , nampak ? Kay . sebab apa aku kata macam itu . Haaa , kau perhatikan eh , ada tak salah seorang kawan kau yang.....

Menjahanamkan : "Eh, jomlah weh, ponteng kelas jap, bosan siaaa sabjek tu.. Dengan cikgu nya lagi...
Haaa, tengok,. dengan cikgu terbabit. Sampai ada yang sanggup tu menyorok dalam tandas. Kay, GILA ! Tandas sekolah pulak tu. Lainlah kalau tandas rumah kau.

Melalaikan : "..........."
Kay, aku takde idea nak kasi contoh . Haha , otak takleh nak fungsi kay. Cari sendiri. Takkan perkataan melalaikan pun kau tak tahu kan ? Pelik ahh. Hahaha.

Mendiamkan 
Kau buat salah, kawan kau tahu yang kau buat tu benda salah, tapi dia diam, dan takde langsung niat dia nak perbetulkan kesalahan kau.. APa yang dia nak tengok.. Kau kena tindakan displin or whatever.. Means Hukuman.

Memburukkan
Haa, memburukkan ni ada dua cabang . Kay. Bukan capang, tapi CABANG ! kay:-
i) Memburukkan diri kau dekat kawan dia yang lain. Haaa,perangai ni yang paling aku pemantang .. Cam !@#$%^&*( ni je bila dapat tahu ada kawan cemni.

ii) Suka memburukkan kawan dia yang lain dekat kau. Haaa, bila dia perlakukan kau begitu. Kau akan rasa macam ohhh 'CARING' gila dia. LOL, tapi kau kena ingat . Kalau dia boleh burukkan kawan dia yang lain, tiada yang mustahil untuk dia memburukkan kau pada orang lain. Kay, yang statement ini berkait raat dengan statement satu tadi.

*       *      *

Setelah selesai kau baca bend akat atas tu , mesti kau tanya kan .. Mana sifat mahmudah yang ada pada  ciri seorang kawan tu ? Takkan takde langsung kot ? Hahhaa . Lekluuu, baru nak masuk ni.. Sabar..

Kay, SAHABAT ? Apa itu SAHABAT ? Hmmm , bila cerita pasal SAHABAT ... teringat zaman sekolah rendah dulu. waktu kemah ibadah, ustaz ada bagi ceramah pasal SAHABAT . Dan Ceramah tu agak panjang , dan aku cuma nak kasi tahu point CERAMAH tu je.

Kay, SAHABAT itu bererti, Seorang KAWAN , yang cukup cukup cukup SETIA pada korang , tak kira samaada korang susah atau senang . Kalau kau buat jahat, diorang ni akan memperbetulkan kesalahan korang.. Kalau boleh , dialah yang akan backup kau, kalau kau kena maki ngan kawan lain , dan memang korang akan rasa yang dia ni GAY or LESBI . Takpe . biar apa yang orang rasa , yang penting, kita takde langsung perasaan syahwat bila dengan dia tu dah cukup dah tu. Biarlah mulut orang mengata, mulut orang memang tak boleh nak ditutup kat dunia ni. Guna Mangga Solex pun belum tentu akan tertutup. Hmm ,

Aku rasa dah cukup dah tu aku punya cerita tentang SAHABAT. Faham dung ? Haha .

Dan, aku tak tahu samaada aku cuma ada KAWAN , atau KAWAN dan SAHABAT. Hmmm , So then . AKu cuma kat sini nak cakap.

"Jangan salah pilih kawan , pilih lah kawan yang setia.. Kerana yang setia tu mungkin dalamnya akan ada tegrolong SAHABAT untuk kau ! Dan, lagi satu . Jangan sesekali jadi MACAI kawan kau ! Sebab apa ? Yang diorang tahu.. Diorang cuma akan peralatkan kau je. Silap hari bulan. Kau, yang disula." HAHAHAHA :P Byebye .

Kami bestie, kami takkan terpisah. Haktuih.Haha.

Kay, yang kat sebelah aku tu . BAKRI nama dia . APa ? Tak kenal aku ? Alah , aku yang tu . muka kerek macam cicak mati tu . Yang muka acah acah KIUT Tu BAKRI, hmm , Zamri ? Kay, waktu kitorang photoshoot  gambar ni .. Ehh Photoshoot ? AHh, watever lah caaaaa. Zamri tak datang , so aku takde gambar ngan dia. Haha . Byeee .


Kay, actually , dalam gambar tu menipu je. Masing masing nak tunjuk tinggi. Haha . Tengok , aku juga HUMBLE> Haha . Yang BAKRI tu ? Menipu je , takde tinggi mana pun dia. Jarak 3cm je. Hahaha :P Kaybye.... :P Choppp, ZAMRI tu haa, yang duduk kat bawah , sebelah budak baju warna biru ngan hijau tu. :P Hikhik .kaybye
ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Wednesday, August 21, 2013

Sekolah

MEOW♥ | via Tumblr

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dan hai. Tak tahu nak buat Intro apa . Kay, cuba kau baca tajuk entri kali ini. Sumpah tajuk tu memang 99% pelajar Menyukai nya. Kay, Taska,Tadika,Sekolah,Kolej,Universiti,Politeknik or Whatever, memang banyak nama dia. Tapi bila di bundar bundarkan, jawapannya tetap sama, itu tempat kita belajar dan di ajar. Yes, itu INTRO. Haha , baru nak masuk isi.

Pada 18 August yang lalu, sesetengah negeri di MALAYSIA ni sudahpun mula bersekolah dan seperti biasa, pelajar pelajar di IBU NEGARA ni masih lagi Rileks? Ye ke ? Whatever. Mungkin sebahagian, suku, atau separuh suku, atau suku pada suku, atau suku kepada suku suku. Hmm ? Kay, abaikan. Macam !@#$% .

Dan, seperti biasalah , bila dah nak buka sekolah esok harinya .. Mulalah dia update pebenda kat Facebook,Twitter,Blog,hmmm Myspace. Haaa? Entah entah :P Kay ayat dia lebih kurang cenggini lah..

"OMG! Esok sekolah? Kasut tak basuh, Baju tak gosok, HW tak sentuh."

Kay, ayat kat atas ni ada menyerupai korang punya ayat tak ? XD. Tak payah cakap, aku tahu.. dan ada yang lagi teruk kan ? Nak tahu tak ? Nak tahu ? Taknak tahu takpe. Aku sebagai seorang yang berjiwa prihatin ni tetap nak kasitahu korang.. Ada yang lagi kejam kan .. Dia tulis macam ni.

"Esok sekolah, kita BOM sekolah jom ?"
"Aku benci gila nak sekolah esok. Huh"
"Sekolah Menyusahkan."

Nampak tak kekejaman nya ? Haaaa , Kejam kejam kan ? Yang bahagian BOM tu yang tak menahan. Pfft. -.- hihi, tapi ni minoriti je yang buat ayat tu. Sebab RAKYAT MALAYSIA ni kan semuanya bagus bagus belaka. Erkk. Kay..

So kat sini aku nak cakap, dan KORANG JANGAN KATA AKU HIPOKRIT PULAK EH . XD

Kay , Cuba kau bayangkan . Orang orang kat Palestin or even Syria sana, dimana bumi mereka bergolak. Perang saudara, tanpa belas ehsan.. Bom sana Bom sini. Sampai sekolah pun dibom , dimana anak anak di sana menangis merintih bila sekolah diorang dibom .. Cer kau bayangkan eh, negara kau berperang dan tak berhenti bom mengebom, tapi.. adakah kau masih nak sekolah ? yalah.. kau dah tahu, kau nak belajar pun nanti mesti takkan aman, silap hari bulan, waktu tengah belajar , kau kena tembak. Macam tak logik pula, kay BOMlah senang cerita.

Tapi tidak bagi diorang kat sana ? Diorang tetap nak nak mahu mahu want want BELAJAR. Sebab apa ? Sebab diorang tahu negara diorang akan teruk , hancur musnah , so, sebab itulah diorang nak BELAJAR , untuk apa ? untuk memajukan negara diorang balik. 

Berbeza dengan kita , MALAYSIA , yang dikira tidak berperang , tidak berbunuhan di public . Itupun kita malas nak pergi sekolah, dahlah pergi sekolah pun sesetengah budak tu , mak diorang hantar sampai tengah pintu gate sekolah .. tupun malas nak ke sekolah , TAPI AKU TAK KATA YANG MAK DIORANG HANTAR KAT DEPAN PINTU SEKOLAH TU SALAH ! ! ! Tapi , aku cuma nak kata , kita ni PEMALAS , oh silap maybe 94% pelajar Malaysia kut. HahaXD. Fakta yang tiada kesahihan. Nilah dia..

Even , cuba kau tanya abang abang kau yang baru baru berhenti sekolah . Jangan tanya mak ayah korang , sebab nanti confirm dia akan cakap "Zaman sekolah lagi best dari kerja" . Kay JANGAN sama sekali. DILARANG . Merbahaya.! Ofcorse lah dia akan cakap macam tu, dia dah hantar kau gi sekolah, mestilah dia nak bangkitkan semangat kau ke sekolah..  HihixD, Choii, kau tanya abang or kakak korang yang baru habis sekolah or baru 2,3 tahun habis Sekolah Menengah. Diorang , maybe segelintir daripada mereka akan kata ..

"Fuh , penat doh kerja ni. Baik aku sekolah, duit belanja konfirm dapat, sekolah pun dekat dekat je, tak macam tempat kerja, jauh. Duit ? Kena spend sendiri dari gaji."

Dan akhir ayat mereka ......

"Baik kau belajar doh, kau kumpul ilmu, kumpul duit. Kau kerja nanti menyesal, kalau kau jenis tak berkira dengan gaji takpe, kalau kau jenis berkira gaji, huh , jangan kata menyesal.. Rasa putus harapan dah."

Haha , Ayat tu semua dah digubah menjadi ayat manusia tercantik abad ini.. Act, statement tu semua datang dari mulut abang aku sendiri . Ada masalah ? Takde kan ? Haha . So-So . Amacam ? Ada rasa macam semangat tak nak ke sekolah ? haha.

Serius aku bukan motivator yang nak aksi semangat kat korang , just nak bagi korang sedar dari DUNIA KHAYALAN yang dibawa oleh SYAITANNURRAJIM tu . HeheXD. Gila!

Seperti biasa , bila dah nak sampai ke penghujung entri, memang aku JADI GILA. Gila kau ? Kau dah taip panjang panjang , mestilah nak habis kan ? Sama lah dengan aku. :P

Hikhik. Kaylah .. Ini je Entri aku untuk hari ini. Insya'Allah , kalau aku rajin aku update lagi tahun minggu depan. Ehmm , BTW , Trial PMR dah lepas , dan sekarang TRIAL SPM kan ? hahaXD , kay gudluck kepada semua pelajar pelajar yang memakai btch96 tu kay. :)

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Tuesday, August 13, 2013

Bosan

she's ripping wings off of butterflies

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dah lama tak meng-update blog ni. Kay, Act, dari 2 hari sebelum nak raya aku nak update blog ni, tetapi disebbakan aku terlampau RAJIN , jadi aku terasa MALAS nak update blog ni... Dari satu hari ke satu hari, ianya tertunda . Postpone kata omputeh.. Tapi disebabkan aku masih sedar aku orang melayu , dan AMAT FASIH berbahasa Ibunda.. Aku ambil inisiatif ini untuk letak tajuk entri kali ini dengan perkataan BAHASA MELAYU... Kay, kagum tak ? Sila kagum .... Kay, maka dengan ini, aku mengambil kesempatan untuk aku mengupdate blog ini, pada hari ini...

Mengarut kan ? Ya , sebab apa ? Sebab AKU BO BO BO BO Bosan ... XD , kenapa perlu kau post entri baru waktu kau tengah bosan , bukan kalau bosan idea tak datang ? Ehem ehem , Korang tak tahu ke, yang Blog ini memang dicipta untuk orang orang yang dilanda kebosanan. FAKTA INI MENGARUT.Tapi diakui oleh 99.99 peratus rakyat Malaysia yang baik budi pekertinya..

So, So, So..... Raya , Raya ... Kay , Ada makna ke raya ? Oh , mungkin bagi korang ya.. Bagi aku... Tidak ! sama sekali... Malah, abang abang aku juga mengakuinya. HAHA. Ayat aku serupa macam jumpa Yoona kat Pelabuhan Klang. Kay, takde kena mengena , Ayat + YOONA + Pelabuhan Klang. Jangan ambil pusing benda ni..

Hmm , sebab apa aku kata BOSAN ? Hmm , Raya since 2009, tak silap aku... Memang TAK BEST dah .. Kay kau Kira , dah berapa tahun aku menderita waktu hari raya ? HAHA , waktu tu Sekolah cuti panjang , Tak jumpa kawan , Raya Tak best .. Yang Best pasal Raya .... Cuma duit Raya , tu pun . Ekonomi dah meleset , dan ramai orang yang dahulunya kasi kitorang duit raya , tah mana pergi nya.. Kami pun tak tahu ke manakah mereka menghilangkan diri , tanpa meninggalkan sebarang bau, yang dapat dikesan,... Sungguh KEJAM ... AYAT ~

LOL, asal tahun ni kawan aku jemput gi rumah dia time aku Sibuk. -_- dan kenapa yang menjemput tu, rumah dia susah nak pergi.. Sebab apa ? Sebab takde transport, dan aku macam kuda kepanasan.. Tak tahu mana aku nak pergi.. Rumah sedara ? Kay, tah ahh , Klang tahun ni tak pergi... Rumah sedara belah abah .. Abah tak ajak pergi pun .. Tu yang lagi !@#$%^&*( ... So, aku Bangun-Mandi-Solat-Tidur-Bangun-Mandi-Buka PC-Sarapan-Hadap TV-Makan Kuih raya yang terletak kat atas meja,Manalah kuih ni masuk hari ni dah habis- Tidur - Bangun- Hadap Komputer-Tengok Tv-Sambil tu makan-Mandi-Tengok TV. FULLSTOP. a.k.a. NOKTAH .


So, aku harap sangat ... Tahun depan aku aku dapat lagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama keluarga aku, dan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sama keluarga aku..Dan , aku berharap agar , Raya tahun depan memberi kebahagiaan buat diri aku, dan keluarga.. Kau cuba hitung, berapa 'dan' aku letak dalam perenggan ni. Haa.

Kay , dah tak tahu nak tulis hape lagi... Kay , anggaplah entri kali ni, mampu membuatkan diri anda hilang akan kebosanan di Hari Raya ke 7 ni.. :) Yeay , sedar tak sedar dah 7 Hari kitaber-raya , Abang aku yang sulong dah pergi balik Kampus , Tinggal aku dan angah .. Angah Ahad satgi balik Serama dia pula. Kay. Takde Meaning. Tak perlu bagitahu korang kan ? Takpe, aku tahu . XD . Kaybye

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Friday, August 2, 2013

Terkejut ke bang ?

Free | via Tumblr
ASSALAMUALAIKUM

Haa , tetiba rajin pula nak update blog pagi pagi buta ni.. Ya lah, sebagai penebus kesalahan aku kat korang.HAHA,haritu aku dah cerita pasal Emma Maembong tetiba. Kay jangan layan pasal tu. HAHA. Kay, direct to the point. lalala~

Semua pelajar di MALAYSIA, terutamanya(Memang) form 1 dan form 2 telah dikejutkan bangun lebih awal pada hari SELASA . Haaa ni dah tetiba. kay CANCEL . Semua pelajar di MALAYSIA, terutamanya(Memang) form 1 dan form 2 telah dikejutkan dengan satu berita sedih , kay bukan sedih TAPI SERONOK. EXAM PISA dan TTIMS pada hari selasa bersamaan 30 Julai haritu.. Haa , kepada budak form 1 form tu, korang jangan wat muka annoying kau. Aku tumbuk kang. HAHA.

Haha , waktu pengumuman dibuat . Ada suara suara merdu yang meluahkan perasaan .. Seperti contoh "Aduh , baru rancang sakit perut esok" kay. MENGARUT .. -_-

Berbalik kepada usul kita .. Ayat aku apasal macam tu . Hmmm , Kay, sekolah aku buat pengumuman tu hari Jumaat iaitu pada 26 Julai bersamaan antara hari terbesar Umat Islam.. Nak taknak memang kena ....... DENGAR.

Pada mulanya , aku berhasrat untuk TIDAK hadir ke sekolah pada tarikh yang telah dinyatakan tadi.. KERANA, disebabkan oleh .... "Ujian ini adalah ujian dimana hendak menguji tahap IQ rakyat MALAYSIA.. FYI , soalan pada kertas ujian ini, berdasarkan soalan dari tahap international(aku tak tahulah btul ke idak international tu)" . Haha , So thats why aku rasa macam hmmmph malas gila nak datang .

"Amirul, esok kau datang tak?"
"Entahlah, mungkin, sebab aku nak tengok juga soalan dia macam mana"

Kay , Amirul antara budak bijak dalam kelas aku. HAHA , dan aku .. JANGAN TANYA .. Kay, berbalik semula , Kalau dah bijak tu mesti nak cabar diri dia dengan soalan yang TERLAMPAU BIJAK. Jadi aku pun mengambil LANGKAH BIJAK, yang kononnya aku ni BIJAK, aku pun datanglah ke sekolah dan ambil SOALAN BIJAK tu .. Haaa... BIJAK memang BIJAK.

Sekolah kami , ambil paper MATH dahulu , selama 45 minit , kemudian Sains 45 minit juga . Dapat je kertas Math , tanpa rasa cuak , dan muka tersengih macam baru dapat couple aku pun selak muka surat pertama. Ahaaaaaaaaa , dari muka yang comel tu terus jadi berkerut seribu .. Hmm entahlah .. Soalan dia dah lah BAHASA MALAYSIA sedangkan kami beljar dalam BAHASA INGGERIS, jadi bila dapat kertas cenggitu. Blurr sekeitika, yelah selama ni kitorang tahu Isosceless Triangle tak tahu pula dalam bahasa melayu dia apa . AhaXD kay , abaikan .. Then , overall soalan dia mudah difahami dan mudah untuk dijawab . TAPI aku cuma dapat jawab dalam JALAN KIRA AKU SENDIRI ahh , Tak payah nak berbracket bracket bagai. Kata nak uji minda aku, so aku guna minda aku sendiri. HAHA :P Kay , tak lawak .. Tapi aku tak maksudkan senang, aku cuma dapat jawab 10 soalan macam tu je. HAHA.

Kini tibalah masa yang dinanti nntikan, Musuh Sayang aku. SAINS , awww , rindu nak jawab paper sains. Puih Puih .. Haha . Seperti biasa , bila dah dapat paper sains teruja dia lain macam sikit. Macam apa kau nak tahu ? taknak tahu , lantak.. Macam tak senang duduk tunggu turn nak membuang ayaq besaq . -_- Haha, takleh pakai punya ayat,.

Kay, dah dapat paper sains .. Sebak a.k.a. terharu. Haha, Tapi disebabkan aku duduk sebelah Amirul agak tak takut sangat. Hehe .. *Niat jahat* Okaylahhhhh , paper dia walaupun masuk sampai form 4 punya sukatan .. Bolehlah jawab , TAK , Aku tak kata aku PANDAI. Aku kata macam tu sebab dia ada pilihan jawapan. Muahaha :P Dan bila ada kena buat 'Alasan:-' aku buat tak tahu je dengan benda alah tu.. Mwahaha ..

Then, penghujung kertas dia ada borang soal selidik, aku sebagai soerang pelajar yang menyanyangi sabjek sains aku tanda................ Kay, fikir sendiri. Haha . Then, nak isi form tu ..

"Cikgu, nak isi ke borang kat belakang tu"*CIkgu tak dengar*
"Zat, kau isi, tapi yang sekolah tu, kau buat mana mana MRSM"
"Haha , Betul juga tu MUZ. Haha"

Sengal kay, Sengal......

Kaylah Tu je nak cakap.. Haha . BYE :P haaa, tengok sikit punya panjang aku kasi kau baca. hekhek. HADAP... ~

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Wednesday, July 31, 2013

Dunno

hakuna matata. ▲ | via Tumblr
ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama aku pergi.. Alhamdulillah, pergi aku ni jenis belum lagi pergiku takkan kembali. Rindu aku tak ? *ambil tisu. Kay aku terharu, takde sorang pun rindu aku* Ngarut duh pagi pagi buat ni. Kay, the reason why aku rajin pula nak taip pagi pagi buta ni ? Tak perlu tahu :P

Hmmm , aku pun tak tahu apa nak tulis .. Then aku ......... {BLURRING} ......



Kay, motif aku letak gambar ni ? Kay, sebab dia cun . HAHA .. Emma Maembong .. LOL, dulu aku tak kenal pun kau kay .. Tah ahh , sejak aku tengok Kampung Girl .. Alah , slot Zehra *Kut* kat TV3 . Eh CUN pula dia ni. Kay .. TAKDE MOTIF KAN ? HAHA . :P

Kaylah BYE . assalamualaikum :P BOSAN .. Aku dah kata , aku takde Idea.. Haha.:P

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Monday, July 22, 2013

Jerebu kay? Jerebu.

ASSALAMUALAIKUM

kay, disebabkan aku malas nak pergi google bagai gambar pendahuluan. Jadi melopong jelah eh, entri ni :P Haha.Okay, actually , aku memang macam agak bosan hingga takde idea nak update apa apa . Tapi disebabkan oleh minggu lepas aku takde update apa apa, maka dengan ini....untuk dijadikan bahan bacaan korang , akan ku gagahi juga . HAHA . Kay ayat aku tak boleh blah.

Disebabkan bulan ni bulan RAMADHAN . Seperti biasa , lepas dah makan Sahur tu haaa , memang aku tak boleh nak tahan dah.. Habis Sahur, SUbuh menjelma , lepas dah Subuh(SOLAT) , memang bantal akan memanggil aku,. Ditemani dengan belaian Kipas siling. Haaa , memang takkkan ah , aku nak sia siakan peluang yang berbaki 3 jam lagi sebelum nak ke sekolah. Bila dah masuk bilik.Badan gatal gatal, macam kena gigit tapi aku tak tahu apa yang gigit badan aku. Dan aku pun tak tahu manis sangat ke darah aku. Ahh malas nak layan. Aku pun berganjak , pergi ke lantai. HAHA . Sejuk kay. Sedap. Yelah baru pukul 6.30pagi duh..

Tidur punya tidur , mimpi pun aku tak layan . Maybe yang indah atau tak , entah aku tak hengat.. Mungkin aku mimpi macam mana kehidupan aku yang akan datang , waktu tu dah ada kereta ferari 1 , moto EX5 1(Kay zat, Hidup kau ni tak betullah)... Kay abaikan.. Sedar sedar , mak kejut .. "Aizat, dah pukul 11.30". Ohh My Yoona ...Haha . 11.30 derrr , masuk sekolah 12.30. Kay pening. Nasib baik berbaki lagi 1 Jam.

*                            *                               *

Masuk sekolah , gua tension , yelah ada perhimpunan , nasib baik perhimpunan TAKDE. Kay, aku suka moment itu. Masuk kelas , Bakri cakap. "Jerebu" Aku tak layan. Bakri cakap "Zul , Jerebu" Aku pandang dia. Bakri cakap, "Aku harap esok cuti" Aku terus pusing badan pandang pandang luar cari KLCC, "Eh, aku pun harap cenggitu".

Bermula dari saat tu . asyik asyik aku pandang luar je. Haha . Yelah . keluar keluar nak pergi Surau pun dah nampak kelabu kelabu kabus. Kay, pedih kay mata. Dahlah waktu tu baru lepas belajar Math . Tension derrr. Rasa tak tertanggung. HAHA

*                            *                               *

Habis sekolah . Cari cari kot kot abah dah datang ke belum,tunggu 2 minit cenggitu.. Abah takde lagi.. Aku dah rasa macam down .. Nak kena bertapak pulak .. Haih , baik AKu solat dulu. Haha. Usai aku solat , aku jalan dnegan muka penuh kekecewaan , tiba tiba mata aku ternampak sesuatu.. EH OFKOS MACAM KABUS KABUS, disebalik kabus yang macam dah nak smapai Genting highland tu , aku nampak ABAH. HAHA . Dengan semangatnya aku lari pergi kat abah . :3

Pergh , naik motor aku pejam mata sekejap sekejap buka. Smapai rumah sebelum berbuka , Aku menghadap komputer. Sambil mengharap akan pengumuman tentang cuti esok. HAHA . Dah selesai Maghrib , fokus depan TV , Fuyyo , topik Utama pasa IPU 4 kawasan tidak sihat.. HAHA . Yang tercalon KL , tengok tengok 110 je IPU KL. Kay. Hampa sangat. Sia sia je DUH RASANYA..

Kaylah tu je nak cakap. AKu kecewa sebab esok tak cuti. Ngeeeee.. ~ Kaybye

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Friday, July 12, 2013

Safe

True..! | via Facebook

ASSALAMUALAIKUM

Salam Ramadhan ke 4 semua umat Islam. Annyeonghaseyo kepada KPOPERS yang acah acah Korean tu dan selamat sejahtera rakyat MALAYSIA yang berbangga dengan MALAYSIA. kay takde motif aku buat pendahuluan macenggini.

Haha , kay untuk makluman semua, ceh aca acah ramai nak baca entri kat blog aku. Aku seorang yang susah nak dapat idea. Macam sekarang ni lah , aku takde idea. Jadi korang redha jelah eh kalau korang baca entri ni dengan mood yang membosankan.

Act, semalam, hari Jumaat yang berbahagia , bersamaan 3 Ramadhan . SMK MAXWELL telah mengadakan satu sesi perjumpaan Cikgu dan Ibu Bapa . yalahh , Ambil Report card -_- HAHA . Seperti yang aku ketahui , Result aku kalau tidak dikira 75% dan keatas itu A. haha . Memang gamaknya keputusan yang tak MEMBERANSANGKAN lah :P actually satu je pun keputusan aku yang 76% ..

Haha , seperti tahun tahun lalu. Mak aku yang akan ambil result aku. Disebabkan hukum karma dah menetapkan yang tahun ni mak saja nak kasi Abah yang ambil result aku. HAHA , kay mati kau zat. Haha , yelah pada mulanya aku cuma ingat aku cuma ada 3A . Bayangkanlah dari 10 sabjek yg aku ambil. hanya 3 je aku mampu dapat A. Ish .... Na'uzubillah der..

Tibalah masa yang Tidak dinanti nantikan. Semalam lepas Solat Jumaat, kami berangkat ke sekolah untuk menghadiri perhimpunan , kemudian kami berangkat ke kelas kami yang tersangatlah INDAH. kay, aku dah takde IDEA.

Majlis tu mula pukul 3 petang di kelas masing masing. Aku kata kat abah datanglah dalam pukul 4.30 mesti tak ramai dah orang. Bila majlis mula pukul 3 , kawan aku seorang demi seorang dah balik. Tinggallah daku sendirian. Kay waktu tu aku rasa menysal suruh abah datang 4.30 . HAHA . Jam kat dinding kelas waktu tu hanya jadi peneman, disamping angin kipas mengipas muka aku(TAK LOJIK). Kay , waktu tu baru 4.15. 15 minit lagi kalau ikut waktu yang dijanjikan.. Itupun kalau ngam masa tu. kalau lagi setengah jam -_- Mati aku sesorang.. Akhirnya abah tiba jua . HAHA . dalam 4.20. Muka aku dah happy. Actually , aku dah tahu aku nombor berapa. Saja nak kasi SUSPENSE SANGAT !. Haha..

Tapi abah tak heran pun dengan nombor tu ! Nothing for him, tulah. kitorang ni bukan macam budak zaman sekarang. Asal dapat no 1 dalam kelas,(Darjah 1) dah dapat IPAD . hamekaw. Sumpah Annoying. Seperti yang aku cakap , aku cuma ingatkan aku dapat 3A je, sedangkan abah nak tengok A aku berapa banyak. Kay sedih.

Bila dah takde lagi orang yang tunggu sebelum abah datang. Aku dan abah menuju ke meja guru yang dihiasi warna pelangi  . Kaylah malas aku nak cerita panjang . Cikgu tunjuk result aku. Abah teliti. Aku teruja sambil seram kuku pendek. Cikgu terang blablabla. Aku tengok result orang lain. Salam cikgu. Kitorang keluar kelas. Naik motor. Balik rumah. HAHA :P

Dah sampai rumah dalam pukul 4.40 , aku bersihkan badan dulu. kemudian baring , rehatkan badan. Solat , lepastu dalam pukul 5.40 , abah ajak. "Aizat, jom ikut abah." kay aku dah tahu dah pergi mana. HAHA . Aku balas. "Okay" . kay dalam hati . Means abah tak marah lah dengan result aku yang 6A tu sampai boleh ajak aku ikut pergi Bazar . HAHAHA :P Kay .

*Zuuup, idea hilang* . Kay Bye . HAHA . :P

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Thursday, July 4, 2013

Its Broken

Tumblr | via Tumblr

ASSALAMUALAIKUM

Desebabkan entry aku yang lepas tu terlampau pendek, so, aku nak tebus kesalahan aku. Ececeh. HAHA.And lagi satu 'disebabkan' ialah . Haha , act, semalam dalam pukul 11.33 , Wah cantik nombor tu. Kay, stopit !

Semalam kan ? Semalam kan ? haaaaa , Aku mesej dengan Farah Adibah. Haha siapa tu ? Entahlah manusia lah tu ! BTW, Farah ni memang kalau bab meng-Ayat memang no. 2. Kalau keluarkan statement memang no. 3. Haha . Borak borak dah masuk smapai bab Yana Samsudin then dia mesej aku...


Kay, you all see that ? Nice kan ayat dia. Kay, aku baca punya baca , aku tersentak.. Bila nampak TYPO kat situ. WAKAKA. Act , TYPO tu *Orang* kay, bukan Perang. Haha . lepas baca je benda yang Farah mesej tu , automatik terkeluar lagu DejaVu dalam otak.. Hmm, Kemudian aku terfikir.. Mungkin sebab tu Nurliana Bt Samsudin tak suka aku. Hmm .

Kay, start from the statement tu juga. Aku rasa macam aku dah taknak ada:-

CRUSH

Kay, korang tahu apa itu CRUSH? Haha , kalau korang tak tahu, sila terjun bangunan tingkat 6 kay. Kalau takde tingat 6, tingkat 4 pun boleh dipertimbangkan. Nyahh kau JAH !~

Yeah ! Aku macam takde harapan lagi dah nak ber-Crush Crush ni. Makan Krushers KFC tu lagi best dari ber-Crush Crush ni. Sebab apa tahu ? Sebab , bila korang ber-Crush Crush ni... Bila tengok dia borak dengan orang lain*Lain jantina* automatik korang rasa macam  (Aih, dia suka dia tu ke? Habis aku nak campak kemana?)... Kan? HAHA, bijak tak aku.. Tak payah nak tipu aku.

So, the moral of the stories,  aku memang dah macam putus harapan......... Tinggal harapan untuk aku dapat Band 6 je untuk Sains . Ceh poyo kan ? Band 4 pun dah tercirit jawab . Puihh. Kay, otak aku bukan otak budak Sains okay ? TakeANote.

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Monday, July 1, 2013

Dia Menjelma


hello july | via Facebook
ASSALAMUALAIKUM

Hai, disebabkan hari ini aku tak datang sekolah(bersebab,esok aku hantar surat), aku ambil peluang ni untuk aku meng-update blog aku yang tersangat cantik ni. Sebab apa aku nak update harini kan ? Haha , Act, aku tahu minggu ni adalah minggu yang paling sibuk buat aku, dan kawan kawan semua. Malah, semua pelajar lain juga. Pasti minggu ni, kepada pelajar yang mengambil PBS juga akan sibuk, aku simpati kat korang. HAHA , Cikgu cikgu pasti nak selesaikan PBS yang ada lagi belum selesai, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan PBS sebelum bulan Ramadhan menjelma. Seperti yang korang tahu, minggu aku ada banyak kerja PBS yang perlu dipresentkan . Tapi aku buat dek je. HAHA.Point yang aku nak beritahu korang is, disebabkan minggu ni minggu sibuk , jadi aku takut aku tak sempat nak post something kat sini, nanti kecewa readers blog aku ni. Hmm Hmmm.

Eh, panjang nya ayat aku, tu baru pendahuluan belum isi :P Hehe, Act , To ALL Muslim in Malaysia(Our beautiful country) berbaki hanya 8 hari lagi , sebelum menjelmanya SYAWAL . Eh, RAMADHAN. Hehe, Bila cerita Ramadhan ni, tetiba mood aku jadi baik.Kay, ayat aku ni tak hipokrit okay, Ikhlas ni.. The reasons :-
  1. Bulan baik untuk Umat Islam
  2. Bulan ni aku nak BerHijrah secara mendadak kura-kura
  3. Waktu persekolahan dipendekkan
  4. Cikgu, pasti kurang marah marah bila ada budak buat kesalahan yang tak berat
  5. Bila, bengang rasa macam lapar. ngee
  6. Masa nak kurangkan makan.
Haha , amacam ada baik tak reasons nya ? Kay aku tahu, ayat aku memang baik :P Tak perlu habaq mai kat ceq :P Okay, apa korang punya perasaan pula bila dah nak habis Syaaban yang mulia ni ? Kongsi sikit.. Hmm , Tak mo sombong sombong, nanti jadi muka Plankton. Hmm Hmm. Sorrylah, entri kali ni pendek. Sebab aku takde idea . Mwahaha. Kaybye,

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Saturday, June 29, 2013

Beban


ASSALAMUALAIKUM

Memandangkan harini hari Sabtu agak, Membosankan. So, aku ambillah peluang ni untuk aku menaip pada keyboard yang dah bersawang ni.Malas aku nak bersihkan dia. Lagipun semalam ada lah hamba Allah, yang memerli aku yang tak bersalah ni, Kononnya blog cantik tapi tak berupdate takde guna juga. Kay takpe, aku terima dengan hati sekangkang kera ni. Hmmm

Semalam, yaa, kalau hari ni hari Sabtu, semalam mesti hari Jumaat. Mustahil hari ni hari Sabtu semalam hari rabu,kay ngarut. Bila hari jumaat, kami pelajar di KL masih bersekolah. Lainlah yang diKedah, Kelantan dengan ........ hmm aku tak tahu.. Kay apa aku ngarut, konon nak buat ayat dramatis tapi jadi smarties yang manis tapi sedap di makan, and FYI aku dah lama tak makan benda tu.

Hari Jumaat, hari terakhir persekolahan dalam seminggu bagi pelajar diseluruh negeri KL,Selangor dan entah.. Aku diperintahkan untuk, membuat sebuah projek(PBS;Band 6) kay, bila dapat tahu ... Sumpah memeritkan, aku sebagai seorang pelajar yang terlampau rajin tiba tiba menjadi terlampau rajin, kay , kay ? Faham ? Haha , Ceritanya bermula begini..

Pada tengah hari yang hening, aku masuk ke kelas, aku terlanggar sebuah kerusi, aku sepak kerusi tu, lepastu aku duduk kat tempat duduk aku, dan aku tahu apa jadi kat kerusi tu. Tu bukan cerita yang betul.. Yang ni betul, Kay, aku masuk kelas, seperti yang telah ditetapkan, jadual kelas aku, pada hari Jumaat waktu pertama akan di ambil oleh Guru MataPelajarn aku ,BM , ky, BM best :P

Yang buat tak bestnya, lepas bagi salam, kitorang duduk , sambil berbisik dengan kawan, cikgu panggil, kami toleh , cikgu menggunakan jari, menunjuk papan putih yang dah berkarat tu.. ' Kabaikan dan Keburukan berInternet' . Aku dan kawan kawan mula hairan, apakah yang cuba di sampaikan itu ? Haha, ayat aku macam !@#$%^&**(.. Lalu aku mengajukan soalan, 'Cikgu, apakah yang cikgu cuba sampaikan kepada kami' kay kalau aku cakap macam tu , memang dasar aku di-TITLEkan Murid Biadab.. So aku tanya, 'Cikgu, nak kena buat apa?' 'Baik, apa yang saya nak suruh kamu buat, ialah, kamu akan membuat perbahasan dihadapan kelas tentang Tajuk yang telah saya berikan dihadapan' Kay, aku mengerut dahi. Aduhh , tambah satu kerja lagi. cikgu kata ni Band 6 untuk BM , Kay, pening , Sains punya Band 6 haritu , aku belum lagi buat presentation datang lagi satu kerja. Hmmm .. Malas aku nak cerita detail snagat. Lantak koranglah ..

Bila sampai ke waktu terkhir, kami lagi sekali diperintahkan mencari ahli kumpulan. Seperti biasa, Aku, Bakri, dan Zamri.. pasti akan bersama. BFF lah snagat -_- . Kami cari, akhirnya . Kami berjaya dapatkan Amirul, haha, budak paling pandai dalam kelas kami. Heheh. Bila dengar penerangan cikgu, Minggu depan juga , kami kena buat Presentation mengenai Sejarah bab 6 subtopik 5. Hmmmm .. Kay. Minggu depan ada 3 presentation kena buat. Rasa Macam . QERTYUIOP gila -_-

Mesti kroang tertanya tanya, apa motif aku taip benda alah ni panjang panjang. Apa yang aku cuba sampaikan kan ? Kay, aku nak cakap kat korang, PBS ni lagi penat dari PMR, malah di akui oleh cikgu cikgu sendiri, yang PMR lagi mudah daripada PBS. :P Tu je . Kay bye.

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Thursday, June 20, 2013

KPOP-ers ? Oh NOO !



ASSALAMUALAIKUM

Disebabkan ini post pertama aku dalam blog ni. Mesti korang tertanya tanyakan ? Kenapa aku letak gambar sebuah tempat di KOREA ni . LOL . Serius aku kata.. Aku saja je. Haha , ada masalah ? Takde masalah.. SENYAP!

Kay, FYI, aku actually memang tak teringin nak jadi KPOP-ers. Aku juga bukannya KPOP-ers. *Tengok muka aku. Takde langsung ciri ciri yang menyerupai artis Korea yang penuh dengan plastik plastik recycle dimuka mereka. Suci lagi muka aku tanpa ada sebarang suntikan mahupun plastik recycle tu kay.

Haha, satu lagi gambar tertempek disini. Haha . Kay , aku cerita. Firstly yang buat aku attract dengan KOREA ni..... Tempat dia. YA ! Aku tengok ramai friends aku di FB yang upload gambar dia dah sampai kat sana. Dan aku tengok. Arghhh*buat muka teruja* Peaceful nya tempat diorang(Ceh, padahal sekarang tengah perang) kay, fakta ni menipu, kay menipu. Jangan percaya. Jadi aku masih Bersyukur dengan bumi kelahiran aku.. MALAYSIA




Second, aku teruja tengok salah satu kumpulan perempuan di KOREA .. Ya , siapa lagi kalau bukan SNSD . Tralalala ~~


especially

YOONA
Haha, siapa kacau dia aku tembak korang. LOL . Cantik kan YOONA ? HAHA . ka, aku tahu walaupun muka dia ada plastik, tapi aku rasa plastik dia jenis plastic high quality . Aku repeat high quality . Kay cukup. Aku taknak jadi taksub. DOSA. Lagipun aku ada Yana Samsudin. Ngehngehngeh.

Third, RUNNING MAN. Running Man rancangan popular di Korea di mana ada Jong Kook, Jaesuk, Sukjin, Haha, Gary, Jihyo dan Gwangsoo. LOL .


Rancangan yang best. Haha . Lawak, dan GILA ~ dan buat aku jadi gila. Tersenyum depan komputer and gelak. Ya, FYI, aku takde Astro. So aku tengok Onnline je. Siapa yang mula tunjuk kat aku RUNNINGMAN ni ? Haaa, abang aku. Tak silap aku waktu tu, episod 63(SNSD) datang . Haha. Episod tu yang tarik perhatian aku untuk terus dan terus mengikuti RunningMan. Sampaikan aku boleh Hengat segelintir artis Korea punya nama. hasih Tak Sangka !

Soo , aku just nak CAKAP.. yang aku bukanlah KPOP-ers TEGAR. Aku minat just gitu gituje. Aku harap , Malaysian todays. Janganlah suka kan sesebuah/sesuatu benda tu sampai sanggup hina/lupakan tanah tumpah darah korang sendiri.

Hujan emas di negeri orang,
Hujan batu di negeri sendiri.

Ingatlah kata orang orang dulu. Ecewah. serupa guru tak berbayar kat sini. LOL . Dan NOTE. Sekiranya aku banyak duit. Selain Mekah. Aku nak jejakkan kaki ke KOREA. Lagi lagi kalau HONEYMOON , pasti akan jadi Hoenymoon of the Year gitu.Kay, sumpah mengarut. Ngehngehngeh . HAHAHA

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG