Wednesday, July 31, 2013

Dunno

hakuna matata. ▲ | via Tumblr
ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama aku pergi.. Alhamdulillah, pergi aku ni jenis belum lagi pergiku takkan kembali. Rindu aku tak ? *ambil tisu. Kay aku terharu, takde sorang pun rindu aku* Ngarut duh pagi pagi buat ni. Kay, the reason why aku rajin pula nak taip pagi pagi buta ni ? Tak perlu tahu :P

Hmmm , aku pun tak tahu apa nak tulis .. Then aku ......... {BLURRING} ......



Kay, motif aku letak gambar ni ? Kay, sebab dia cun . HAHA .. Emma Maembong .. LOL, dulu aku tak kenal pun kau kay .. Tah ahh , sejak aku tengok Kampung Girl .. Alah , slot Zehra *Kut* kat TV3 . Eh CUN pula dia ni. Kay .. TAKDE MOTIF KAN ? HAHA . :P

Kaylah BYE . assalamualaikum :P BOSAN .. Aku dah kata , aku takde Idea.. Haha.:P

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Monday, July 22, 2013

Jerebu kay? Jerebu.

ASSALAMUALAIKUM

kay, disebabkan aku malas nak pergi google bagai gambar pendahuluan. Jadi melopong jelah eh, entri ni :P Haha.Okay, actually , aku memang macam agak bosan hingga takde idea nak update apa apa . Tapi disebabkan oleh minggu lepas aku takde update apa apa, maka dengan ini....untuk dijadikan bahan bacaan korang , akan ku gagahi juga . HAHA . Kay ayat aku tak boleh blah.

Disebabkan bulan ni bulan RAMADHAN . Seperti biasa , lepas dah makan Sahur tu haaa , memang aku tak boleh nak tahan dah.. Habis Sahur, SUbuh menjelma , lepas dah Subuh(SOLAT) , memang bantal akan memanggil aku,. Ditemani dengan belaian Kipas siling. Haaa , memang takkkan ah , aku nak sia siakan peluang yang berbaki 3 jam lagi sebelum nak ke sekolah. Bila dah masuk bilik.Badan gatal gatal, macam kena gigit tapi aku tak tahu apa yang gigit badan aku. Dan aku pun tak tahu manis sangat ke darah aku. Ahh malas nak layan. Aku pun berganjak , pergi ke lantai. HAHA . Sejuk kay. Sedap. Yelah baru pukul 6.30pagi duh..

Tidur punya tidur , mimpi pun aku tak layan . Maybe yang indah atau tak , entah aku tak hengat.. Mungkin aku mimpi macam mana kehidupan aku yang akan datang , waktu tu dah ada kereta ferari 1 , moto EX5 1(Kay zat, Hidup kau ni tak betullah)... Kay abaikan.. Sedar sedar , mak kejut .. "Aizat, dah pukul 11.30". Ohh My Yoona ...Haha . 11.30 derrr , masuk sekolah 12.30. Kay pening. Nasib baik berbaki lagi 1 Jam.

*                            *                               *

Masuk sekolah , gua tension , yelah ada perhimpunan , nasib baik perhimpunan TAKDE. Kay, aku suka moment itu. Masuk kelas , Bakri cakap. "Jerebu" Aku tak layan. Bakri cakap "Zul , Jerebu" Aku pandang dia. Bakri cakap, "Aku harap esok cuti" Aku terus pusing badan pandang pandang luar cari KLCC, "Eh, aku pun harap cenggitu".

Bermula dari saat tu . asyik asyik aku pandang luar je. Haha . Yelah . keluar keluar nak pergi Surau pun dah nampak kelabu kelabu kabus. Kay, pedih kay mata. Dahlah waktu tu baru lepas belajar Math . Tension derrr. Rasa tak tertanggung. HAHA

*                            *                               *

Habis sekolah . Cari cari kot kot abah dah datang ke belum,tunggu 2 minit cenggitu.. Abah takde lagi.. Aku dah rasa macam down .. Nak kena bertapak pulak .. Haih , baik AKu solat dulu. Haha. Usai aku solat , aku jalan dnegan muka penuh kekecewaan , tiba tiba mata aku ternampak sesuatu.. EH OFKOS MACAM KABUS KABUS, disebalik kabus yang macam dah nak smapai Genting highland tu , aku nampak ABAH. HAHA . Dengan semangatnya aku lari pergi kat abah . :3

Pergh , naik motor aku pejam mata sekejap sekejap buka. Smapai rumah sebelum berbuka , Aku menghadap komputer. Sambil mengharap akan pengumuman tentang cuti esok. HAHA . Dah selesai Maghrib , fokus depan TV , Fuyyo , topik Utama pasa IPU 4 kawasan tidak sihat.. HAHA . Yang tercalon KL , tengok tengok 110 je IPU KL. Kay. Hampa sangat. Sia sia je DUH RASANYA..

Kaylah tu je nak cakap. AKu kecewa sebab esok tak cuti. Ngeeeee.. ~ Kaybye

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Friday, July 12, 2013

Safe

True..! | via Facebook

ASSALAMUALAIKUM

Salam Ramadhan ke 4 semua umat Islam. Annyeonghaseyo kepada KPOPERS yang acah acah Korean tu dan selamat sejahtera rakyat MALAYSIA yang berbangga dengan MALAYSIA. kay takde motif aku buat pendahuluan macenggini.

Haha , kay untuk makluman semua, ceh aca acah ramai nak baca entri kat blog aku. Aku seorang yang susah nak dapat idea. Macam sekarang ni lah , aku takde idea. Jadi korang redha jelah eh kalau korang baca entri ni dengan mood yang membosankan.

Act, semalam, hari Jumaat yang berbahagia , bersamaan 3 Ramadhan . SMK MAXWELL telah mengadakan satu sesi perjumpaan Cikgu dan Ibu Bapa . yalahh , Ambil Report card -_- HAHA . Seperti yang aku ketahui , Result aku kalau tidak dikira 75% dan keatas itu A. haha . Memang gamaknya keputusan yang tak MEMBERANSANGKAN lah :P actually satu je pun keputusan aku yang 76% ..

Haha , seperti tahun tahun lalu. Mak aku yang akan ambil result aku. Disebabkan hukum karma dah menetapkan yang tahun ni mak saja nak kasi Abah yang ambil result aku. HAHA , kay mati kau zat. Haha , yelah pada mulanya aku cuma ingat aku cuma ada 3A . Bayangkanlah dari 10 sabjek yg aku ambil. hanya 3 je aku mampu dapat A. Ish .... Na'uzubillah der..

Tibalah masa yang Tidak dinanti nantikan. Semalam lepas Solat Jumaat, kami berangkat ke sekolah untuk menghadiri perhimpunan , kemudian kami berangkat ke kelas kami yang tersangatlah INDAH. kay, aku dah takde IDEA.

Majlis tu mula pukul 3 petang di kelas masing masing. Aku kata kat abah datanglah dalam pukul 4.30 mesti tak ramai dah orang. Bila majlis mula pukul 3 , kawan aku seorang demi seorang dah balik. Tinggallah daku sendirian. Kay waktu tu aku rasa menysal suruh abah datang 4.30 . HAHA . Jam kat dinding kelas waktu tu hanya jadi peneman, disamping angin kipas mengipas muka aku(TAK LOJIK). Kay , waktu tu baru 4.15. 15 minit lagi kalau ikut waktu yang dijanjikan.. Itupun kalau ngam masa tu. kalau lagi setengah jam -_- Mati aku sesorang.. Akhirnya abah tiba jua . HAHA . dalam 4.20. Muka aku dah happy. Actually , aku dah tahu aku nombor berapa. Saja nak kasi SUSPENSE SANGAT !. Haha..

Tapi abah tak heran pun dengan nombor tu ! Nothing for him, tulah. kitorang ni bukan macam budak zaman sekarang. Asal dapat no 1 dalam kelas,(Darjah 1) dah dapat IPAD . hamekaw. Sumpah Annoying. Seperti yang aku cakap , aku cuma ingatkan aku dapat 3A je, sedangkan abah nak tengok A aku berapa banyak. Kay sedih.

Bila dah takde lagi orang yang tunggu sebelum abah datang. Aku dan abah menuju ke meja guru yang dihiasi warna pelangi  . Kaylah malas aku nak cerita panjang . Cikgu tunjuk result aku. Abah teliti. Aku teruja sambil seram kuku pendek. Cikgu terang blablabla. Aku tengok result orang lain. Salam cikgu. Kitorang keluar kelas. Naik motor. Balik rumah. HAHA :P

Dah sampai rumah dalam pukul 4.40 , aku bersihkan badan dulu. kemudian baring , rehatkan badan. Solat , lepastu dalam pukul 5.40 , abah ajak. "Aizat, jom ikut abah." kay aku dah tahu dah pergi mana. HAHA . Aku balas. "Okay" . kay dalam hati . Means abah tak marah lah dengan result aku yang 6A tu sampai boleh ajak aku ikut pergi Bazar . HAHAHA :P Kay .

*Zuuup, idea hilang* . Kay Bye . HAHA . :P

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Thursday, July 4, 2013

Its Broken

Tumblr | via Tumblr

ASSALAMUALAIKUM

Desebabkan entry aku yang lepas tu terlampau pendek, so, aku nak tebus kesalahan aku. Ececeh. HAHA.And lagi satu 'disebabkan' ialah . Haha , act, semalam dalam pukul 11.33 , Wah cantik nombor tu. Kay, stopit !

Semalam kan ? Semalam kan ? haaaaa , Aku mesej dengan Farah Adibah. Haha siapa tu ? Entahlah manusia lah tu ! BTW, Farah ni memang kalau bab meng-Ayat memang no. 2. Kalau keluarkan statement memang no. 3. Haha . Borak borak dah masuk smapai bab Yana Samsudin then dia mesej aku...


Kay, you all see that ? Nice kan ayat dia. Kay, aku baca punya baca , aku tersentak.. Bila nampak TYPO kat situ. WAKAKA. Act , TYPO tu *Orang* kay, bukan Perang. Haha . lepas baca je benda yang Farah mesej tu , automatik terkeluar lagu DejaVu dalam otak.. Hmm, Kemudian aku terfikir.. Mungkin sebab tu Nurliana Bt Samsudin tak suka aku. Hmm .

Kay, start from the statement tu juga. Aku rasa macam aku dah taknak ada:-

CRUSH

Kay, korang tahu apa itu CRUSH? Haha , kalau korang tak tahu, sila terjun bangunan tingkat 6 kay. Kalau takde tingat 6, tingkat 4 pun boleh dipertimbangkan. Nyahh kau JAH !~

Yeah ! Aku macam takde harapan lagi dah nak ber-Crush Crush ni. Makan Krushers KFC tu lagi best dari ber-Crush Crush ni. Sebab apa tahu ? Sebab , bila korang ber-Crush Crush ni... Bila tengok dia borak dengan orang lain*Lain jantina* automatik korang rasa macam  (Aih, dia suka dia tu ke? Habis aku nak campak kemana?)... Kan? HAHA, bijak tak aku.. Tak payah nak tipu aku.

So, the moral of the stories,  aku memang dah macam putus harapan......... Tinggal harapan untuk aku dapat Band 6 je untuk Sains . Ceh poyo kan ? Band 4 pun dah tercirit jawab . Puihh. Kay, otak aku bukan otak budak Sains okay ? TakeANote.

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Monday, July 1, 2013

Dia Menjelma


hello july | via Facebook
ASSALAMUALAIKUM

Hai, disebabkan hari ini aku tak datang sekolah(bersebab,esok aku hantar surat), aku ambil peluang ni untuk aku meng-update blog aku yang tersangat cantik ni. Sebab apa aku nak update harini kan ? Haha , Act, aku tahu minggu ni adalah minggu yang paling sibuk buat aku, dan kawan kawan semua. Malah, semua pelajar lain juga. Pasti minggu ni, kepada pelajar yang mengambil PBS juga akan sibuk, aku simpati kat korang. HAHA , Cikgu cikgu pasti nak selesaikan PBS yang ada lagi belum selesai, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menghabiskan PBS sebelum bulan Ramadhan menjelma. Seperti yang korang tahu, minggu aku ada banyak kerja PBS yang perlu dipresentkan . Tapi aku buat dek je. HAHA.Point yang aku nak beritahu korang is, disebabkan minggu ni minggu sibuk , jadi aku takut aku tak sempat nak post something kat sini, nanti kecewa readers blog aku ni. Hmm Hmmm.

Eh, panjang nya ayat aku, tu baru pendahuluan belum isi :P Hehe, Act , To ALL Muslim in Malaysia(Our beautiful country) berbaki hanya 8 hari lagi , sebelum menjelmanya SYAWAL . Eh, RAMADHAN. Hehe, Bila cerita Ramadhan ni, tetiba mood aku jadi baik.Kay, ayat aku ni tak hipokrit okay, Ikhlas ni.. The reasons :-
  1. Bulan baik untuk Umat Islam
  2. Bulan ni aku nak BerHijrah secara mendadak kura-kura
  3. Waktu persekolahan dipendekkan
  4. Cikgu, pasti kurang marah marah bila ada budak buat kesalahan yang tak berat
  5. Bila, bengang rasa macam lapar. ngee
  6. Masa nak kurangkan makan.
Haha , amacam ada baik tak reasons nya ? Kay aku tahu, ayat aku memang baik :P Tak perlu habaq mai kat ceq :P Okay, apa korang punya perasaan pula bila dah nak habis Syaaban yang mulia ni ? Kongsi sikit.. Hmm , Tak mo sombong sombong, nanti jadi muka Plankton. Hmm Hmm. Sorrylah, entri kali ni pendek. Sebab aku takde idea . Mwahaha. Kaybye,

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG