Friday, July 12, 2013

Safe

True..! | via Facebook

ASSALAMUALAIKUM

Salam Ramadhan ke 4 semua umat Islam. Annyeonghaseyo kepada KPOPERS yang acah acah Korean tu dan selamat sejahtera rakyat MALAYSIA yang berbangga dengan MALAYSIA. kay takde motif aku buat pendahuluan macenggini.

Haha , kay untuk makluman semua, ceh aca acah ramai nak baca entri kat blog aku. Aku seorang yang susah nak dapat idea. Macam sekarang ni lah , aku takde idea. Jadi korang redha jelah eh kalau korang baca entri ni dengan mood yang membosankan.

Act, semalam, hari Jumaat yang berbahagia , bersamaan 3 Ramadhan . SMK MAXWELL telah mengadakan satu sesi perjumpaan Cikgu dan Ibu Bapa . yalahh , Ambil Report card -_- HAHA . Seperti yang aku ketahui , Result aku kalau tidak dikira 75% dan keatas itu A. haha . Memang gamaknya keputusan yang tak MEMBERANSANGKAN lah :P actually satu je pun keputusan aku yang 76% ..

Haha , seperti tahun tahun lalu. Mak aku yang akan ambil result aku. Disebabkan hukum karma dah menetapkan yang tahun ni mak saja nak kasi Abah yang ambil result aku. HAHA , kay mati kau zat. Haha , yelah pada mulanya aku cuma ingat aku cuma ada 3A . Bayangkanlah dari 10 sabjek yg aku ambil. hanya 3 je aku mampu dapat A. Ish .... Na'uzubillah der..

Tibalah masa yang Tidak dinanti nantikan. Semalam lepas Solat Jumaat, kami berangkat ke sekolah untuk menghadiri perhimpunan , kemudian kami berangkat ke kelas kami yang tersangatlah INDAH. kay, aku dah takde IDEA.

Majlis tu mula pukul 3 petang di kelas masing masing. Aku kata kat abah datanglah dalam pukul 4.30 mesti tak ramai dah orang. Bila majlis mula pukul 3 , kawan aku seorang demi seorang dah balik. Tinggallah daku sendirian. Kay waktu tu aku rasa menysal suruh abah datang 4.30 . HAHA . Jam kat dinding kelas waktu tu hanya jadi peneman, disamping angin kipas mengipas muka aku(TAK LOJIK). Kay , waktu tu baru 4.15. 15 minit lagi kalau ikut waktu yang dijanjikan.. Itupun kalau ngam masa tu. kalau lagi setengah jam -_- Mati aku sesorang.. Akhirnya abah tiba jua . HAHA . dalam 4.20. Muka aku dah happy. Actually , aku dah tahu aku nombor berapa. Saja nak kasi SUSPENSE SANGAT !. Haha..

Tapi abah tak heran pun dengan nombor tu ! Nothing for him, tulah. kitorang ni bukan macam budak zaman sekarang. Asal dapat no 1 dalam kelas,(Darjah 1) dah dapat IPAD . hamekaw. Sumpah Annoying. Seperti yang aku cakap , aku cuma ingatkan aku dapat 3A je, sedangkan abah nak tengok A aku berapa banyak. Kay sedih.

Bila dah takde lagi orang yang tunggu sebelum abah datang. Aku dan abah menuju ke meja guru yang dihiasi warna pelangi  . Kaylah malas aku nak cerita panjang . Cikgu tunjuk result aku. Abah teliti. Aku teruja sambil seram kuku pendek. Cikgu terang blablabla. Aku tengok result orang lain. Salam cikgu. Kitorang keluar kelas. Naik motor. Balik rumah. HAHA :P

Dah sampai rumah dalam pukul 4.40 , aku bersihkan badan dulu. kemudian baring , rehatkan badan. Solat , lepastu dalam pukul 5.40 , abah ajak. "Aizat, jom ikut abah." kay aku dah tahu dah pergi mana. HAHA . Aku balas. "Okay" . kay dalam hati . Means abah tak marah lah dengan result aku yang 6A tu sampai boleh ajak aku ikut pergi Bazar . HAHAHA :P Kay .

*Zuuup, idea hilang* . Kay Bye . HAHA . :P

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

No comments: