Wednesday, August 21, 2013

Sekolah

MEOW♥ | via Tumblr

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dan hai. Tak tahu nak buat Intro apa . Kay, cuba kau baca tajuk entri kali ini. Sumpah tajuk tu memang 99% pelajar Menyukai nya. Kay, Taska,Tadika,Sekolah,Kolej,Universiti,Politeknik or Whatever, memang banyak nama dia. Tapi bila di bundar bundarkan, jawapannya tetap sama, itu tempat kita belajar dan di ajar. Yes, itu INTRO. Haha , baru nak masuk isi.

Pada 18 August yang lalu, sesetengah negeri di MALAYSIA ni sudahpun mula bersekolah dan seperti biasa, pelajar pelajar di IBU NEGARA ni masih lagi Rileks? Ye ke ? Whatever. Mungkin sebahagian, suku, atau separuh suku, atau suku pada suku, atau suku kepada suku suku. Hmm ? Kay, abaikan. Macam !@#$% .

Dan, seperti biasalah , bila dah nak buka sekolah esok harinya .. Mulalah dia update pebenda kat Facebook,Twitter,Blog,hmmm Myspace. Haaa? Entah entah :P Kay ayat dia lebih kurang cenggini lah..

"OMG! Esok sekolah? Kasut tak basuh, Baju tak gosok, HW tak sentuh."

Kay, ayat kat atas ni ada menyerupai korang punya ayat tak ? XD. Tak payah cakap, aku tahu.. dan ada yang lagi teruk kan ? Nak tahu tak ? Nak tahu ? Taknak tahu takpe. Aku sebagai seorang yang berjiwa prihatin ni tetap nak kasitahu korang.. Ada yang lagi kejam kan .. Dia tulis macam ni.

"Esok sekolah, kita BOM sekolah jom ?"
"Aku benci gila nak sekolah esok. Huh"
"Sekolah Menyusahkan."

Nampak tak kekejaman nya ? Haaaa , Kejam kejam kan ? Yang bahagian BOM tu yang tak menahan. Pfft. -.- hihi, tapi ni minoriti je yang buat ayat tu. Sebab RAKYAT MALAYSIA ni kan semuanya bagus bagus belaka. Erkk. Kay..

So kat sini aku nak cakap, dan KORANG JANGAN KATA AKU HIPOKRIT PULAK EH . XD

Kay , Cuba kau bayangkan . Orang orang kat Palestin or even Syria sana, dimana bumi mereka bergolak. Perang saudara, tanpa belas ehsan.. Bom sana Bom sini. Sampai sekolah pun dibom , dimana anak anak di sana menangis merintih bila sekolah diorang dibom .. Cer kau bayangkan eh, negara kau berperang dan tak berhenti bom mengebom, tapi.. adakah kau masih nak sekolah ? yalah.. kau dah tahu, kau nak belajar pun nanti mesti takkan aman, silap hari bulan, waktu tengah belajar , kau kena tembak. Macam tak logik pula, kay BOMlah senang cerita.

Tapi tidak bagi diorang kat sana ? Diorang tetap nak nak mahu mahu want want BELAJAR. Sebab apa ? Sebab diorang tahu negara diorang akan teruk , hancur musnah , so, sebab itulah diorang nak BELAJAR , untuk apa ? untuk memajukan negara diorang balik. 

Berbeza dengan kita , MALAYSIA , yang dikira tidak berperang , tidak berbunuhan di public . Itupun kita malas nak pergi sekolah, dahlah pergi sekolah pun sesetengah budak tu , mak diorang hantar sampai tengah pintu gate sekolah .. tupun malas nak ke sekolah , TAPI AKU TAK KATA YANG MAK DIORANG HANTAR KAT DEPAN PINTU SEKOLAH TU SALAH ! ! ! Tapi , aku cuma nak kata , kita ni PEMALAS , oh silap maybe 94% pelajar Malaysia kut. HahaXD. Fakta yang tiada kesahihan. Nilah dia..

Even , cuba kau tanya abang abang kau yang baru baru berhenti sekolah . Jangan tanya mak ayah korang , sebab nanti confirm dia akan cakap "Zaman sekolah lagi best dari kerja" . Kay JANGAN sama sekali. DILARANG . Merbahaya.! Ofcorse lah dia akan cakap macam tu, dia dah hantar kau gi sekolah, mestilah dia nak bangkitkan semangat kau ke sekolah..  HihixD, Choii, kau tanya abang or kakak korang yang baru habis sekolah or baru 2,3 tahun habis Sekolah Menengah. Diorang , maybe segelintir daripada mereka akan kata ..

"Fuh , penat doh kerja ni. Baik aku sekolah, duit belanja konfirm dapat, sekolah pun dekat dekat je, tak macam tempat kerja, jauh. Duit ? Kena spend sendiri dari gaji."

Dan akhir ayat mereka ......

"Baik kau belajar doh, kau kumpul ilmu, kumpul duit. Kau kerja nanti menyesal, kalau kau jenis tak berkira dengan gaji takpe, kalau kau jenis berkira gaji, huh , jangan kata menyesal.. Rasa putus harapan dah."

Haha , Ayat tu semua dah digubah menjadi ayat manusia tercantik abad ini.. Act, statement tu semua datang dari mulut abang aku sendiri . Ada masalah ? Takde kan ? Haha . So-So . Amacam ? Ada rasa macam semangat tak nak ke sekolah ? haha.

Serius aku bukan motivator yang nak aksi semangat kat korang , just nak bagi korang sedar dari DUNIA KHAYALAN yang dibawa oleh SYAITANNURRAJIM tu . HeheXD. Gila!

Seperti biasa , bila dah nak sampai ke penghujung entri, memang aku JADI GILA. Gila kau ? Kau dah taip panjang panjang , mestilah nak habis kan ? Sama lah dengan aku. :P

Hikhik. Kaylah .. Ini je Entri aku untuk hari ini. Insya'Allah , kalau aku rajin aku update lagi tahun minggu depan. Ehmm , BTW , Trial PMR dah lepas , dan sekarang TRIAL SPM kan ? hahaXD , kay gudluck kepada semua pelajar pelajar yang memakai btch96 tu kay. :)

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Tuesday, August 13, 2013

Bosan

she's ripping wings off of butterflies

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dah lama tak meng-update blog ni. Kay, Act, dari 2 hari sebelum nak raya aku nak update blog ni, tetapi disebbakan aku terlampau RAJIN , jadi aku terasa MALAS nak update blog ni... Dari satu hari ke satu hari, ianya tertunda . Postpone kata omputeh.. Tapi disebabkan aku masih sedar aku orang melayu , dan AMAT FASIH berbahasa Ibunda.. Aku ambil inisiatif ini untuk letak tajuk entri kali ini dengan perkataan BAHASA MELAYU... Kay, kagum tak ? Sila kagum .... Kay, maka dengan ini, aku mengambil kesempatan untuk aku mengupdate blog ini, pada hari ini...

Mengarut kan ? Ya , sebab apa ? Sebab AKU BO BO BO BO Bosan ... XD , kenapa perlu kau post entri baru waktu kau tengah bosan , bukan kalau bosan idea tak datang ? Ehem ehem , Korang tak tahu ke, yang Blog ini memang dicipta untuk orang orang yang dilanda kebosanan. FAKTA INI MENGARUT.Tapi diakui oleh 99.99 peratus rakyat Malaysia yang baik budi pekertinya..

So, So, So..... Raya , Raya ... Kay , Ada makna ke raya ? Oh , mungkin bagi korang ya.. Bagi aku... Tidak ! sama sekali... Malah, abang abang aku juga mengakuinya. HAHA. Ayat aku serupa macam jumpa Yoona kat Pelabuhan Klang. Kay, takde kena mengena , Ayat + YOONA + Pelabuhan Klang. Jangan ambil pusing benda ni..

Hmm , sebab apa aku kata BOSAN ? Hmm , Raya since 2009, tak silap aku... Memang TAK BEST dah .. Kay kau Kira , dah berapa tahun aku menderita waktu hari raya ? HAHA , waktu tu Sekolah cuti panjang , Tak jumpa kawan , Raya Tak best .. Yang Best pasal Raya .... Cuma duit Raya , tu pun . Ekonomi dah meleset , dan ramai orang yang dahulunya kasi kitorang duit raya , tah mana pergi nya.. Kami pun tak tahu ke manakah mereka menghilangkan diri , tanpa meninggalkan sebarang bau, yang dapat dikesan,... Sungguh KEJAM ... AYAT ~

LOL, asal tahun ni kawan aku jemput gi rumah dia time aku Sibuk. -_- dan kenapa yang menjemput tu, rumah dia susah nak pergi.. Sebab apa ? Sebab takde transport, dan aku macam kuda kepanasan.. Tak tahu mana aku nak pergi.. Rumah sedara ? Kay, tah ahh , Klang tahun ni tak pergi... Rumah sedara belah abah .. Abah tak ajak pergi pun .. Tu yang lagi !@#$%^&*( ... So, aku Bangun-Mandi-Solat-Tidur-Bangun-Mandi-Buka PC-Sarapan-Hadap TV-Makan Kuih raya yang terletak kat atas meja,Manalah kuih ni masuk hari ni dah habis- Tidur - Bangun- Hadap Komputer-Tengok Tv-Sambil tu makan-Mandi-Tengok TV. FULLSTOP. a.k.a. NOKTAH .


So, aku harap sangat ... Tahun depan aku aku dapat lagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama keluarga aku, dan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sama keluarga aku..Dan , aku berharap agar , Raya tahun depan memberi kebahagiaan buat diri aku, dan keluarga.. Kau cuba hitung, berapa 'dan' aku letak dalam perenggan ni. Haa.

Kay , dah tak tahu nak tulis hape lagi... Kay , anggaplah entri kali ni, mampu membuatkan diri anda hilang akan kebosanan di Hari Raya ke 7 ni.. :) Yeay , sedar tak sedar dah 7 Hari kitaber-raya , Abang aku yang sulong dah pergi balik Kampus , Tinggal aku dan angah .. Angah Ahad satgi balik Serama dia pula. Kay. Takde Meaning. Tak perlu bagitahu korang kan ? Takpe, aku tahu . XD . Kaybye

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

Friday, August 2, 2013

Terkejut ke bang ?

Free | via Tumblr
ASSALAMUALAIKUM

Haa , tetiba rajin pula nak update blog pagi pagi buta ni.. Ya lah, sebagai penebus kesalahan aku kat korang.HAHA,haritu aku dah cerita pasal Emma Maembong tetiba. Kay jangan layan pasal tu. HAHA. Kay, direct to the point. lalala~

Semua pelajar di MALAYSIA, terutamanya(Memang) form 1 dan form 2 telah dikejutkan bangun lebih awal pada hari SELASA . Haaa ni dah tetiba. kay CANCEL . Semua pelajar di MALAYSIA, terutamanya(Memang) form 1 dan form 2 telah dikejutkan dengan satu berita sedih , kay bukan sedih TAPI SERONOK. EXAM PISA dan TTIMS pada hari selasa bersamaan 30 Julai haritu.. Haa , kepada budak form 1 form tu, korang jangan wat muka annoying kau. Aku tumbuk kang. HAHA.

Haha , waktu pengumuman dibuat . Ada suara suara merdu yang meluahkan perasaan .. Seperti contoh "Aduh , baru rancang sakit perut esok" kay. MENGARUT .. -_-

Berbalik kepada usul kita .. Ayat aku apasal macam tu . Hmmm , Kay, sekolah aku buat pengumuman tu hari Jumaat iaitu pada 26 Julai bersamaan antara hari terbesar Umat Islam.. Nak taknak memang kena ....... DENGAR.

Pada mulanya , aku berhasrat untuk TIDAK hadir ke sekolah pada tarikh yang telah dinyatakan tadi.. KERANA, disebabkan oleh .... "Ujian ini adalah ujian dimana hendak menguji tahap IQ rakyat MALAYSIA.. FYI , soalan pada kertas ujian ini, berdasarkan soalan dari tahap international(aku tak tahulah btul ke idak international tu)" . Haha , So thats why aku rasa macam hmmmph malas gila nak datang .

"Amirul, esok kau datang tak?"
"Entahlah, mungkin, sebab aku nak tengok juga soalan dia macam mana"

Kay , Amirul antara budak bijak dalam kelas aku. HAHA , dan aku .. JANGAN TANYA .. Kay, berbalik semula , Kalau dah bijak tu mesti nak cabar diri dia dengan soalan yang TERLAMPAU BIJAK. Jadi aku pun mengambil LANGKAH BIJAK, yang kononnya aku ni BIJAK, aku pun datanglah ke sekolah dan ambil SOALAN BIJAK tu .. Haaa... BIJAK memang BIJAK.

Sekolah kami , ambil paper MATH dahulu , selama 45 minit , kemudian Sains 45 minit juga . Dapat je kertas Math , tanpa rasa cuak , dan muka tersengih macam baru dapat couple aku pun selak muka surat pertama. Ahaaaaaaaaa , dari muka yang comel tu terus jadi berkerut seribu .. Hmm entahlah .. Soalan dia dah lah BAHASA MALAYSIA sedangkan kami beljar dalam BAHASA INGGERIS, jadi bila dapat kertas cenggitu. Blurr sekeitika, yelah selama ni kitorang tahu Isosceless Triangle tak tahu pula dalam bahasa melayu dia apa . AhaXD kay , abaikan .. Then , overall soalan dia mudah difahami dan mudah untuk dijawab . TAPI aku cuma dapat jawab dalam JALAN KIRA AKU SENDIRI ahh , Tak payah nak berbracket bracket bagai. Kata nak uji minda aku, so aku guna minda aku sendiri. HAHA :P Kay , tak lawak .. Tapi aku tak maksudkan senang, aku cuma dapat jawab 10 soalan macam tu je. HAHA.

Kini tibalah masa yang dinanti nntikan, Musuh Sayang aku. SAINS , awww , rindu nak jawab paper sains. Puih Puih .. Haha . Seperti biasa , bila dah dapat paper sains teruja dia lain macam sikit. Macam apa kau nak tahu ? taknak tahu , lantak.. Macam tak senang duduk tunggu turn nak membuang ayaq besaq . -_- Haha, takleh pakai punya ayat,.

Kay, dah dapat paper sains .. Sebak a.k.a. terharu. Haha, Tapi disebabkan aku duduk sebelah Amirul agak tak takut sangat. Hehe .. *Niat jahat* Okaylahhhhh , paper dia walaupun masuk sampai form 4 punya sukatan .. Bolehlah jawab , TAK , Aku tak kata aku PANDAI. Aku kata macam tu sebab dia ada pilihan jawapan. Muahaha :P Dan bila ada kena buat 'Alasan:-' aku buat tak tahu je dengan benda alah tu.. Mwahaha ..

Then, penghujung kertas dia ada borang soal selidik, aku sebagai soerang pelajar yang menyanyangi sabjek sains aku tanda................ Kay, fikir sendiri. Haha . Then, nak isi form tu ..

"Cikgu, nak isi ke borang kat belakang tu"*CIkgu tak dengar*
"Zat, kau isi, tapi yang sekolah tu, kau buat mana mana MRSM"
"Haha , Betul juga tu MUZ. Haha"

Sengal kay, Sengal......

Kaylah Tu je nak cakap.. Haha . BYE :P haaa, tengok sikit punya panjang aku kasi kau baca. hekhek. HADAP... ~

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG