Tuesday, August 13, 2013

Bosan

she's ripping wings off of butterflies

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dah lama tak meng-update blog ni. Kay, Act, dari 2 hari sebelum nak raya aku nak update blog ni, tetapi disebbakan aku terlampau RAJIN , jadi aku terasa MALAS nak update blog ni... Dari satu hari ke satu hari, ianya tertunda . Postpone kata omputeh.. Tapi disebabkan aku masih sedar aku orang melayu , dan AMAT FASIH berbahasa Ibunda.. Aku ambil inisiatif ini untuk letak tajuk entri kali ini dengan perkataan BAHASA MELAYU... Kay, kagum tak ? Sila kagum .... Kay, maka dengan ini, aku mengambil kesempatan untuk aku mengupdate blog ini, pada hari ini...

Mengarut kan ? Ya , sebab apa ? Sebab AKU BO BO BO BO Bosan ... XD , kenapa perlu kau post entri baru waktu kau tengah bosan , bukan kalau bosan idea tak datang ? Ehem ehem , Korang tak tahu ke, yang Blog ini memang dicipta untuk orang orang yang dilanda kebosanan. FAKTA INI MENGARUT.Tapi diakui oleh 99.99 peratus rakyat Malaysia yang baik budi pekertinya..

So, So, So..... Raya , Raya ... Kay , Ada makna ke raya ? Oh , mungkin bagi korang ya.. Bagi aku... Tidak ! sama sekali... Malah, abang abang aku juga mengakuinya. HAHA. Ayat aku serupa macam jumpa Yoona kat Pelabuhan Klang. Kay, takde kena mengena , Ayat + YOONA + Pelabuhan Klang. Jangan ambil pusing benda ni..

Hmm , sebab apa aku kata BOSAN ? Hmm , Raya since 2009, tak silap aku... Memang TAK BEST dah .. Kay kau Kira , dah berapa tahun aku menderita waktu hari raya ? HAHA , waktu tu Sekolah cuti panjang , Tak jumpa kawan , Raya Tak best .. Yang Best pasal Raya .... Cuma duit Raya , tu pun . Ekonomi dah meleset , dan ramai orang yang dahulunya kasi kitorang duit raya , tah mana pergi nya.. Kami pun tak tahu ke manakah mereka menghilangkan diri , tanpa meninggalkan sebarang bau, yang dapat dikesan,... Sungguh KEJAM ... AYAT ~

LOL, asal tahun ni kawan aku jemput gi rumah dia time aku Sibuk. -_- dan kenapa yang menjemput tu, rumah dia susah nak pergi.. Sebab apa ? Sebab takde transport, dan aku macam kuda kepanasan.. Tak tahu mana aku nak pergi.. Rumah sedara ? Kay, tah ahh , Klang tahun ni tak pergi... Rumah sedara belah abah .. Abah tak ajak pergi pun .. Tu yang lagi !@#$%^&*( ... So, aku Bangun-Mandi-Solat-Tidur-Bangun-Mandi-Buka PC-Sarapan-Hadap TV-Makan Kuih raya yang terletak kat atas meja,Manalah kuih ni masuk hari ni dah habis- Tidur - Bangun- Hadap Komputer-Tengok Tv-Sambil tu makan-Mandi-Tengok TV. FULLSTOP. a.k.a. NOKTAH .


So, aku harap sangat ... Tahun depan aku aku dapat lagi menyambut Ramadhan Al-Mubarak bersama keluarga aku, dan dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama sama keluarga aku..Dan , aku berharap agar , Raya tahun depan memberi kebahagiaan buat diri aku, dan keluarga.. Kau cuba hitung, berapa 'dan' aku letak dalam perenggan ni. Haa.

Kay , dah tak tahu nak tulis hape lagi... Kay , anggaplah entri kali ni, mampu membuatkan diri anda hilang akan kebosanan di Hari Raya ke 7 ni.. :) Yeay , sedar tak sedar dah 7 Hari kitaber-raya , Abang aku yang sulong dah pergi balik Kampus , Tinggal aku dan angah .. Angah Ahad satgi balik Serama dia pula. Kay. Takde Meaning. Tak perlu bagitahu korang kan ? Takpe, aku tahu . XD . Kaybye

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

No comments: