Wednesday, August 21, 2013

Sekolah

MEOW♥ | via Tumblr

ASSALAMUALAIKUM

Hai, dan hai. Tak tahu nak buat Intro apa . Kay, cuba kau baca tajuk entri kali ini. Sumpah tajuk tu memang 99% pelajar Menyukai nya. Kay, Taska,Tadika,Sekolah,Kolej,Universiti,Politeknik or Whatever, memang banyak nama dia. Tapi bila di bundar bundarkan, jawapannya tetap sama, itu tempat kita belajar dan di ajar. Yes, itu INTRO. Haha , baru nak masuk isi.

Pada 18 August yang lalu, sesetengah negeri di MALAYSIA ni sudahpun mula bersekolah dan seperti biasa, pelajar pelajar di IBU NEGARA ni masih lagi Rileks? Ye ke ? Whatever. Mungkin sebahagian, suku, atau separuh suku, atau suku pada suku, atau suku kepada suku suku. Hmm ? Kay, abaikan. Macam !@#$% .

Dan, seperti biasalah , bila dah nak buka sekolah esok harinya .. Mulalah dia update pebenda kat Facebook,Twitter,Blog,hmmm Myspace. Haaa? Entah entah :P Kay ayat dia lebih kurang cenggini lah..

"OMG! Esok sekolah? Kasut tak basuh, Baju tak gosok, HW tak sentuh."

Kay, ayat kat atas ni ada menyerupai korang punya ayat tak ? XD. Tak payah cakap, aku tahu.. dan ada yang lagi teruk kan ? Nak tahu tak ? Nak tahu ? Taknak tahu takpe. Aku sebagai seorang yang berjiwa prihatin ni tetap nak kasitahu korang.. Ada yang lagi kejam kan .. Dia tulis macam ni.

"Esok sekolah, kita BOM sekolah jom ?"
"Aku benci gila nak sekolah esok. Huh"
"Sekolah Menyusahkan."

Nampak tak kekejaman nya ? Haaaa , Kejam kejam kan ? Yang bahagian BOM tu yang tak menahan. Pfft. -.- hihi, tapi ni minoriti je yang buat ayat tu. Sebab RAKYAT MALAYSIA ni kan semuanya bagus bagus belaka. Erkk. Kay..

So kat sini aku nak cakap, dan KORANG JANGAN KATA AKU HIPOKRIT PULAK EH . XD

Kay , Cuba kau bayangkan . Orang orang kat Palestin or even Syria sana, dimana bumi mereka bergolak. Perang saudara, tanpa belas ehsan.. Bom sana Bom sini. Sampai sekolah pun dibom , dimana anak anak di sana menangis merintih bila sekolah diorang dibom .. Cer kau bayangkan eh, negara kau berperang dan tak berhenti bom mengebom, tapi.. adakah kau masih nak sekolah ? yalah.. kau dah tahu, kau nak belajar pun nanti mesti takkan aman, silap hari bulan, waktu tengah belajar , kau kena tembak. Macam tak logik pula, kay BOMlah senang cerita.

Tapi tidak bagi diorang kat sana ? Diorang tetap nak nak mahu mahu want want BELAJAR. Sebab apa ? Sebab diorang tahu negara diorang akan teruk , hancur musnah , so, sebab itulah diorang nak BELAJAR , untuk apa ? untuk memajukan negara diorang balik. 

Berbeza dengan kita , MALAYSIA , yang dikira tidak berperang , tidak berbunuhan di public . Itupun kita malas nak pergi sekolah, dahlah pergi sekolah pun sesetengah budak tu , mak diorang hantar sampai tengah pintu gate sekolah .. tupun malas nak ke sekolah , TAPI AKU TAK KATA YANG MAK DIORANG HANTAR KAT DEPAN PINTU SEKOLAH TU SALAH ! ! ! Tapi , aku cuma nak kata , kita ni PEMALAS , oh silap maybe 94% pelajar Malaysia kut. HahaXD. Fakta yang tiada kesahihan. Nilah dia..

Even , cuba kau tanya abang abang kau yang baru baru berhenti sekolah . Jangan tanya mak ayah korang , sebab nanti confirm dia akan cakap "Zaman sekolah lagi best dari kerja" . Kay JANGAN sama sekali. DILARANG . Merbahaya.! Ofcorse lah dia akan cakap macam tu, dia dah hantar kau gi sekolah, mestilah dia nak bangkitkan semangat kau ke sekolah..  HihixD, Choii, kau tanya abang or kakak korang yang baru habis sekolah or baru 2,3 tahun habis Sekolah Menengah. Diorang , maybe segelintir daripada mereka akan kata ..

"Fuh , penat doh kerja ni. Baik aku sekolah, duit belanja konfirm dapat, sekolah pun dekat dekat je, tak macam tempat kerja, jauh. Duit ? Kena spend sendiri dari gaji."

Dan akhir ayat mereka ......

"Baik kau belajar doh, kau kumpul ilmu, kumpul duit. Kau kerja nanti menyesal, kalau kau jenis tak berkira dengan gaji takpe, kalau kau jenis berkira gaji, huh , jangan kata menyesal.. Rasa putus harapan dah."

Haha , Ayat tu semua dah digubah menjadi ayat manusia tercantik abad ini.. Act, statement tu semua datang dari mulut abang aku sendiri . Ada masalah ? Takde kan ? Haha . So-So . Amacam ? Ada rasa macam semangat tak nak ke sekolah ? haha.

Serius aku bukan motivator yang nak aksi semangat kat korang , just nak bagi korang sedar dari DUNIA KHAYALAN yang dibawa oleh SYAITANNURRAJIM tu . HeheXD. Gila!

Seperti biasa , bila dah nak sampai ke penghujung entri, memang aku JADI GILA. Gila kau ? Kau dah taip panjang panjang , mestilah nak habis kan ? Sama lah dengan aku. :P

Hikhik. Kaylah .. Ini je Entri aku untuk hari ini. Insya'Allah , kalau aku rajin aku update lagi tahun minggu depan. Ehmm , BTW , Trial PMR dah lepas , dan sekarang TRIAL SPM kan ? hahaXD , kay gudluck kepada semua pelajar pelajar yang memakai btch96 tu kay. :)

ASSALAMUALAIKUM, JUMPA LAGI DI POST AKAN DATANG

No comments: