Wednesday, November 27, 2013

Maaf

Assalamualaikum

Hai Readers . Lama tak bersua. Bukan sebab aku malas dan bukan sebba takde idea, tapi entahlah . Idea , tetiap hari datang , rasa waktu tu jugak nak update tapi... Bila dah dengan semangat nak update tu sampai depan keyboard. *krikrikrik* Tak tahu pesal.

Aku harap korang faham kay kepada siapa yang merindui aku . HAHAHA, kau manusia kan ? Aku pun manusia. Kau pernah buat silap, aku pun pernah. Itu lumrah setiap manusia yang hidup di dunia yang fana ni. Kau tak pernah ? Kau alien , kut.

So, bila dah hidup, banyak kesalahan yang telahpun kau, aku dan dia dah buat . Tak perasan ? Takpe, itu memang silap kita sendiri, sebab kita rasakan yang diri kita ni perfect dan tak pernah buat salah makanya dengan itu, bila dah rasa diri kita sempurna dan perfect, wujudkah perasaan malu akan perbuatan kita dan mahukah anda memohon maaf. Memang tak lah, sorry to say dear . Tu bukan korang je yang pernah jadi macam itu, aku pun. Aku tak pernah nafikannya.

Ya, Dulu, Dulu aku memang rasa akulah paling sempurna, semua aku buat semua betul, semua aku cakap semua betul. Senang cerita memang A1 lah aku katanyaaa.Haaa tapi tu dulu. Dan aku dah sedar.. Dengan perasaan bajet perasan serba sempurna camtu , ada ke yang nak suka kita ? Memang A1+++ lah jugak orang takkan layan kau.

Rasa ketidakpuasan hati waktu tulah mula wujud, dan rasa asdfghjkl lah pulak akan datang kat dalam diri kita . Ya lah, tak sedih ke , kau hidup, kau datang sekolah, pergi kem, takde siapa layan kau. Tapi eh aku takdelah sampai takde yang layan dan aku takdelah sampai nak menegakkan benda yang tak betul habis habisan. Dan alhamdulillah masih ada yang nak layan aku. Kay back, takde siapa layan , dah tentu tentu hidup kau jadi sunyi sayup , waktu tu baru nak menyesal nangis semua macam perasaan keluar . Asyik serba tak kena. Haaaa waktu tu barulah padan dengan body kau. Kan dah kenooo, orang dah mula boikot kau.

Jadi bila dah jadi macam tu, waktu macamtulah baru kau rasa menyesal dan nak minta maaf. Tapi tengok juga apa yang kau dah buat dekat orang yang nak mohon maaf tu . Kalau kau dah aniaya dia teruk teruk, malukan dia teruk teruk , tengok nasiblah . Kalau orang tu jenis pemaaf takpe, kalau jenis perangai cam aku juga, tunggu lah sampai aku mimpi kau dalam tidur. Wakaka kay takdelah , aku pemaaf . Lainlah kalau orang tu tak cari pasal ngan aku, dia kutuk mak bapak aku , soo dia minta maaf lah sendiri kat mak ayah aku. "Haaa nangis lah ceni". Nangislah takde sape kesah. :P

Soo, permohonan maaf tu penting, takde guna kalau kau still terus hidup terus terusan nak menang je selalu, sampai orang pun dah bosan ngan kau sampai kau pun diabaikan. Apa motif hidup cemtu kan ? So bila dah mohon maaf , orang terima maaf kau sambil peluk  erat maaf kau. Time tulah kau akan rasa indahnya hidup, dan tak rasa sunyi dan sepi lagi. Itulah motif permohonan maaf , Maaf maaf maaaf. Tak salah pun mohon maaf tu, cuma mungkin kau akan rasa ego kau tercalar ..

Dan bila orang yang meminta maaf tu mohon maaf , lagi lagi kalau dia buat slaah kat korang tu sikit punya ciput takde menjejaskan apa apa. Korang punya nak forgive dia sampai kau balas dendam jatuhkan maruah dia. Kalau aku lah jadi orang yang kena jatuh maruah tu memang taklah . Baik blah cari kawan lain minta maaf kat orang lain. Kalau dosa dia sikit je kat kau, alah maafkan jelah.. Takde cuit pun apa apa. Kay , my dearest friendsssss. :P

Allah S.W.T. paling menunggu hambanya yang mula mula memohon maaf , orang yang meminta maaf  akan jadi lebih mulia daripada yang tak memaafkan orang tu. Faham tak ? Kay , tak faham cari google . :D

So. Kbyee

No comments: