Friday, June 13, 2014

CINTA

Cinta, 

Kau kata kau cinta, sedang kau tak mengerti apa itu cinta. Yang kau kata kau dilamun cinta, sedang cinta yang melamun kau hanyalah cinta yang digelar kemarau cinta. Kau tak pernah nak cari cinta yang sejati. Yang kau tahu kau dah pun dapatkan cinta, sedang masih kau tercari cari jawapan dari persoalan yang kau terbitkan dilubuk hati.

Cuma kau insan biasa, yang inginkan cinta si dia. Cinta merupakan anugerah ILLAHI. Sungguh mudah kau menjual cinta. Hanya sekelip mata Cinta kau menjadi Dusta . Hanya kerana cinta kau menjadi buta. Jangan menjadi hamba cinta, kelak kau juga akan merana.

Manusia dan cinta, cinta dan manusia saling melengkapi anak dan isteri sebagai peneman tidak dapat dipisahkan mahupun dinafikan, , sedang kau lupa Cinta yang tulus datang dari hati, adakah kau tak mengerti hati mampu melakukan apa jua yang kau ingini . 'Ikut hati kelak binasa', jangan kerana cinta yang dahagakan hujan, nyawa dipertaruhkan, dan menikam nyawa yang lain.. Sedang cinta yang sebenar hanya kepada RABBUL IZZATI , Allah yang Esa pemberi cinta .

Jangan mempertaruhkan cinta untuk nafsu, Jangan diikut nafsu yakni Nafsu yang lebih kepada Syaitan . Melainkan memang kau sahabatnya ? Mungkin . Hanya kau yang mampu mengajukan soalan itu pada diri kau .  


Maaf aku memang tak pernah rasa cinta melainkan cinta kepada insan yang bergelar ibu dan bapa  , MUNGKIN, tapi tak salah bagi aku untuk aku meluahkan apa yang aku rasa.  MUNGKIN.  ayat aku tak patut kau ambil tahu. Mungkin juga patut kau faham sebelum kau katakan sesuatu .

Monday, February 24, 2014

Past VS. Now

Assalamualaikum

Abandoned ferris wheels
Haaa, lama sudah tak aku membebel dekat blog lama aku yang ni, yang telah diubah templatenya dari Simple Template ke Classic Template . Haa amacam ? Cantik kan ? Hehe skin daripada kak Atiqah jaidin . Tersangat awesome skin ni.

Kay, back to the topic kay sayang sayang semua.

1999 , tahun aku lahir, masa itu zaman 1990-an. Segalanya berbeza dengan zaman 2000(sekarang ni). Berbeza dari sudut apa .?

Permainan
Kejar-kejar . Ohh Seriusly , i miss the moment okay . Main kejar, sorok belakang rumah , dalam kotak TV, belakang kereta , semuanya untuk satu tujuan . Hehe, taknak bagi orang nampak dan taknak kasi depa kejar . Kay GAME ni, sama je kut dengan Nyorok Nyorok, dan Police and Thief , tapi cuma Police and thief tu main berkumpulan, dan antara semua ni. hehe aku paling suka main Police and Thief . Aku ingat lagi, time tu bulan puasa, bila bulan puasa, kat sekolah waktu rehat tak tahu nak buat apa . Hehe kitorang satu kelas main benda alah game ni. Walaupun penat , tapi alhamdulillah tak pernah pulak aku curi curi minum air , tapi ada lah juga sesetangah orang yang bila tak tahan, pergi tempat wuduk minum air, sungguh tak bermoral . Haha , kalau budak zaman sekarang aku rasa buat macam tu . Depa pun balik rumah . "Mama, haus nak berbuka." "Tak larat." jadah apa semua alasan keluar . Kay . Mungkin lah jugak sekarang ada pelajar yg tahan sebab depa memang aktif .

Akan tetapi. Kitorang dulu rasanye memang takde langsunglah nak dapat TAB, apa semua tu. Henfon pun memang tak akan dapat wkatu tu . Yang boleh kami dapat tulah ... Yang game betul betulkan kotak tu bagi fix , main bantumi kat 3310 bumper, space impact . haaa (google sendiri) Tak macam sekarang . Ada yang baru umur 2 tahun dah dapat TAB , tab untuk bebudaklah, tapi tu kira okay lagi. Ni haaa, ada tu yang dah dapat TAB 3 dah baru umur 4 TAHUN . KAY sumpah , untung gila hidup kau adik . HAHA , Tu kalau tak belajar pandai pandai tak tahulah nanti kena sumpahan apa . ngenegenegengeneg takdelah . Takde pun IbuBapa yang snaggup nak sumpah anak depa jadi pape , lainlah kalau Ibu Bapa korang tu Ibu Bapa Tanggang . HAHA

Fizikal
Ohhh, I miss the moment bila waktu dulu aku kurus sesangat . Haha , gambar ? Takde . Eh ada, tapi taknak upload , sebab waktu tu muka ni tersangatlah comel , karang korang ingat aku Renesmee ke hape ke, Sorry time tu I'am a BOY now I'm a MAN , ehh Teenage ahh lantak pi. Ngeh . Sekarang , aku gemuk. (First time gua mengaku dalam laman sosial ni. Proud of myself .) Yaa, aku rindu jadi macam dulu. ngeh , hehe dulu cari saiz pun senang , sekarang pun senang je act, cerita gebang . Saiz Alhamdulillah stay Maintain dari darjah 6, Saiz M . Hehe :P


Soo, malas nak cerita panjang , korang tengok jelah blog KEKNIS haaa, apa yang keknis cerita tu , memang aku alami. dan aku bersyukur aku dapat merasai zaman tu, zaman di mana kita dapat kira Bintang Kat langit waktu malam, sekarang boleh nampak ke bintang kat langit malam malam ? Nampak .. Maybe lah 2-3 je , SUSAH ! Bintang dah merajuk kau tahu apa ? HAHA

. uwwwww . c(:
http://inibelogsaya.blogspot.com/2014/01/real-toys-real-joys.html

Thursday, January 23, 2014

Entah.

Assalamualaikum ,


Harini 23 Januari 2014, hari Khamis, Khamis minggu ketiga arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga... Al Fatihah . Hanyalah dengan surah itu dapat aku melepaskan rindu sambil membayangkan wajahnya dalam keceriaan .. Ya , taknak sedih dah , nak happy dah . Tapi memang tak boleh setiap sudut , setiap ruang wajahnya pasti akan aku terbayang , tidur pun macam tu juga, sebab sememangnya waktu along ngan angah kala dah balik asrama memang aku tidur ngan arwah berdua . Bermakna sudah hampir tiga tahun kitorang tidur berdua sahaja . Ya Allah ! Nak taknak yang hidup tetap akan pergi, dan yang hidup ni takkan nak pergi juga, hidup mesti diteruskan . Aku cuba ! Insya'Allah .

Harini, 23 Januari , Seronok ? Tak, pagi pagi lagi sampai dah kena marah . HAHA salah aku juga, pagi pagi kumpul Cikgu Jaspal tetiba tanya, "awak tugas hari apa ?"  Aku tak tahu sebba memang tahun ni aku tak jejak lagi librarynak pi tengok jadual tugas. malas kay nak naik tangga sampai tingkat 5 pastu kalau tak bertugas haritu aku kena turun balik . kay aku pemalas. tu je alasan, "Isnin Cikgu." "Awak pergi tak hari Isnin haritu." ceh padahal aku just dengar orang lain je cakap aku tugas hari isnin aku tak tahupun aku tugas hari apa. "Tak." Pastu cikgu warning apa semua ...,kay aku sedar dan aku akan cuba memperbaikinya . HAHA ayat . :P Selesai satu bab .

Then , kat sekolah tadi tahu pula ada ceramah maulidul rasul, kay penat kay angkut buku KH yang tebal tu kalau tahulah masa ke 7 ada ceramah tak payah bawak. Aku pemalas. Jeng jeng jeng.

mana saya ?
CREDIT FOTO:PENCERAMAH
LOL. Haa tengok rambut serabai kusut masai, time tu ngantuk gila, tah berapa banyak tah setan bergayut kat kelopak mata aku. haha TAPI walaupun lesu mengantuk waktu tu , alhamdulillah masih faham dan dengar .

Pastu balik. Sampai rumah tidur . Kay boring cerita kau zat . :P HAHA . Sape suruh baca . :P

P/S: Sebenarnya nak kasitahu tadi balik balik , buka peti surat dapat surat cinta yang dalamnya berisi button        badge. haha malas nak snap picture. kaybye :P


Friday, January 10, 2014

9.1.14

Assalamualaikum

8.1.14
Suasana yang seperti biasa, saudara mak ramai yang datang. Tujuannya hanyalah satu, untuk melawat dan menziarahi atokyah . Pada malam itu, setelah selesai semua beredar balik, aku seorang diri, rasa macam tak sedap badan .. nak demam rasanya . Mengadu pada mak . Mak kata "Makanlah ubat , panadol , selsema tu." Sambil mak mengelap badan tokyah apa semua, memang betul aku kata waktu kaki tangan semua dah tak larat . "Ya Allah! Demam lagikah aku, kalau demam pun tolonglah jangan postif denggi sekali lagi."

Dah makan ubat apa semua, aku tidur, time tu mak pun dah tidur sebilik dengan aku dan tokyah, sebab kami adik beradik memang tidur sebilik dengan tokyah , ya Allah, masa itu keadaan tokyah memang teruk taknak makan taknak minum, memang merisaukan, mata sebelah taknak berbuka, mulut ternganga,dna tak mampu dah nak bersuara, hati kami yang melihat dapat rasakan yang beliau tersiksa tu yang mak pun tidur sebilik dnegan kitorang takut takut kalau atokyah ada minta apa apa ke takut tak dengar (Along and angah takde dia kat sekolah asrama).

9.1.14
Alhamdulillah, fajar menyingsing , pukul 6.45 aku bangun, sampai lupa dah nak solat subuh, aku terus siap salam mak terus gerak ke sekolah . Tanpa melakukan rutin harian aku sejak atokyah sakit, seperti salam beliau ataupun mencium beliau.

Sesi persekolahan bermula, sampailah waktu agama, pukul 9.20am waktu dah nak rehat badan aku dah naik macam merah merah becak becak, dan bakri saksinya, start dari masa tu badan aku rasa macam lemah sangat . dah habis waktu rehat, aku alhamdulillah okay balik .. Waktu dah nak pukul 11 aku mula rasa pening nak pitam nak tidur, time tu masa BM, aku kasitahu zamri yang aku rasa cam nak demam, zamri pun mungkin agak benda ni pun cam tak serisu begitu juga aku, dia pun gtaw cikgu Hisnida tapi dalam nada gelak gelak.

Sampailah waktu KH, aku still lagi pening pening , pukul 11.45 aku punya hati pulak tambah tak sedap, "Ya ALLAH .. Memang pelik , -pening+tak larat nak menulis+tak larat nak gelak+ tak sedap hati=PELIK- dalam masa 12.30 pening macam dah kurang tapi tak sedap hati makin bertambah, CIkgu Raavi buat lawak aku tak gelak walaupun orang fikir itu lawak. Sumpah aku tak tipu, aku tak gelak, aku tak fokus pun waktu tu, dia suruh salin, aku salin, tapi memang cincai boncai, bukti .... Nota KH aku. Ya Allah , pukul 1 dah tiba , lagi 10 minit sesi persekolahan akan tukar dari pagi ke petang , aku keluar kelas, rasa memang tak bermaya , dan tak larat , tengok bakri dah gerak, tak tunggu pun macamtu juga zamri, tetiba muzammil tegur ajak pergi solat zohor walhal zohor pun tak masuk lagi, aku faham maksudnya dia nak suruh aku tunggu ..

TAPI aku kata kat dia yang aku tak larat, dan lagipun kat surau ada kelas. Aku pun balik, memang lemah je kaki ni jalan, smapai selekoh depan sekolah dengar suara abah . yalah selalunya aku masuak sesi pagi ni aku balik sendiri , pastu tetiba waktu aku naik motor abah kata "........ takde." Wkatu tu aku tak dengar . "apa bah?" .. "Atok awak dah takde pukul 12.55tgh hari, mak baru telefon abah." waktu tu YA ALLAH tuhan je yang tahu , macam mana perasaan aku. Rasa macam nak jatuhkan badan dari motor pastu terlentang tengah jalan kereta lalu dengan kelajuan 150km/jam langgar aku. Ya Sedih . Hanya berapa minit sahaja lagi aku nak balik rumah , tapi malaikaat maut sesungguhnya hamba yang taat, dia menarik ajal yang dikehendakinya tidak lambat sesaat ataupun cepat sesaat .

Sampai je rumah nampak mak tengah telefon saudara mara , sebab time tu memang mak je yang tinggal kat rumah seorang . Arwah dah ditutupi dengan kain batik lepas, aku buka ya Allah , berbeza sungguh wajah tokyah waktu sakit dan waktu sekarang nampak putih dan suci , tuhan je tahu betapa sayup hati ni bila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita, Allahurabb. Air mata mula berkaca dalam mata, aku pun terus bersihkan badan dan buat apa yang sepatutnya .

Jenazah dibawa ke kampungnya semula, di Batu Belah, Kelang , Selangor, masa itu abah naik bersama van jenazah, aku dan angah temankan mak ikut belakang. ALong ? Masih didalam KTM.. Waktu van jenazah bertolak hujan masih belum turun , sesampai kat sana, hujan turun dengan lebat sewaktu memandikan jenazah, Allahu, aku memang seorang yang tak boleh lihat orang yang aku sayang dikafankan , sayup sedih nak meraung semua ada. Tapi time tud ah pukul 5 , along masih belumsampai..

****** Talkin sedang dibaca, mak(anak tunggalnya) aku dan angah baru sampai, along masih lagi belum tiba. Allahu, dah bersemadi jasadnya arwah nenda tercinta . Allahu, semoga rohnya ditempatkan digolongan orang beriman, Allahu, permudahkanlah segalanya, Allahu , moga moga arwah mampu menjawab segalanya .. Sampai ke sudah along tidak dapat berjumpa dengan jasad arwah . Memang sedih dan sayu. Insan itulah yang selalu memujuk dia dan kami sekiranya dimarahi mak atau bah, insan itulah juga yang akan memuji dia dan kami, insan itu jugalah yang mengasihi dia dan kami. Allahu , semoga kami dapat bertemu dan berkumpul semula suatu hari nanti disyurgaMU ya ALLAH ,. Pujian arwah yang terakhir pada aku adalah pada tahun lepas, ketika itu aku mendapat cindai emas di sekolah Allah, itu adalah pujian yang terakhir aku dengar dari mulutnya buat aku, wallahualam ,

Ya Allah , Rindunya aku pada dia, suaranya, gayanya, caranya, baunya, pandangannya, wajahnya, insya'allah akan tetap bersemadi didalam hati aku dan keluarga .. Alfatihah buat Nenda Tercinta, Allahyarhamah Jamaliah Binti Tamil . Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin AMin Amin ya Rabbal alamin...