Thursday, January 23, 2014

Entah.

Assalamualaikum ,


Harini 23 Januari 2014, hari Khamis, Khamis minggu ketiga arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga... Al Fatihah . Hanyalah dengan surah itu dapat aku melepaskan rindu sambil membayangkan wajahnya dalam keceriaan .. Ya , taknak sedih dah , nak happy dah . Tapi memang tak boleh setiap sudut , setiap ruang wajahnya pasti akan aku terbayang , tidur pun macam tu juga, sebab sememangnya waktu along ngan angah kala dah balik asrama memang aku tidur ngan arwah berdua . Bermakna sudah hampir tiga tahun kitorang tidur berdua sahaja . Ya Allah ! Nak taknak yang hidup tetap akan pergi, dan yang hidup ni takkan nak pergi juga, hidup mesti diteruskan . Aku cuba ! Insya'Allah .

Harini, 23 Januari , Seronok ? Tak, pagi pagi lagi sampai dah kena marah . HAHA salah aku juga, pagi pagi kumpul Cikgu Jaspal tetiba tanya, "awak tugas hari apa ?"  Aku tak tahu sebba memang tahun ni aku tak jejak lagi librarynak pi tengok jadual tugas. malas kay nak naik tangga sampai tingkat 5 pastu kalau tak bertugas haritu aku kena turun balik . kay aku pemalas. tu je alasan, "Isnin Cikgu." "Awak pergi tak hari Isnin haritu." ceh padahal aku just dengar orang lain je cakap aku tugas hari isnin aku tak tahupun aku tugas hari apa. "Tak." Pastu cikgu warning apa semua ...,kay aku sedar dan aku akan cuba memperbaikinya . HAHA ayat . :P Selesai satu bab .

Then , kat sekolah tadi tahu pula ada ceramah maulidul rasul, kay penat kay angkut buku KH yang tebal tu kalau tahulah masa ke 7 ada ceramah tak payah bawak. Aku pemalas. Jeng jeng jeng.

mana saya ?
CREDIT FOTO:PENCERAMAH
LOL. Haa tengok rambut serabai kusut masai, time tu ngantuk gila, tah berapa banyak tah setan bergayut kat kelopak mata aku. haha TAPI walaupun lesu mengantuk waktu tu , alhamdulillah masih faham dan dengar .

Pastu balik. Sampai rumah tidur . Kay boring cerita kau zat . :P HAHA . Sape suruh baca . :P

P/S: Sebenarnya nak kasitahu tadi balik balik , buka peti surat dapat surat cinta yang dalamnya berisi button        badge. haha malas nak snap picture. kaybye :P


Friday, January 10, 2014

9.1.14

Assalamualaikum

8.1.14
Suasana yang seperti biasa, saudara mak ramai yang datang. Tujuannya hanyalah satu, untuk melawat dan menziarahi atokyah . Pada malam itu, setelah selesai semua beredar balik, aku seorang diri, rasa macam tak sedap badan .. nak demam rasanya . Mengadu pada mak . Mak kata "Makanlah ubat , panadol , selsema tu." Sambil mak mengelap badan tokyah apa semua, memang betul aku kata waktu kaki tangan semua dah tak larat . "Ya Allah! Demam lagikah aku, kalau demam pun tolonglah jangan postif denggi sekali lagi."

Dah makan ubat apa semua, aku tidur, time tu mak pun dah tidur sebilik dengan aku dan tokyah, sebab kami adik beradik memang tidur sebilik dengan tokyah , ya Allah, masa itu keadaan tokyah memang teruk taknak makan taknak minum, memang merisaukan, mata sebelah taknak berbuka, mulut ternganga,dna tak mampu dah nak bersuara, hati kami yang melihat dapat rasakan yang beliau tersiksa tu yang mak pun tidur sebilik dnegan kitorang takut takut kalau atokyah ada minta apa apa ke takut tak dengar (Along and angah takde dia kat sekolah asrama).

9.1.14
Alhamdulillah, fajar menyingsing , pukul 6.45 aku bangun, sampai lupa dah nak solat subuh, aku terus siap salam mak terus gerak ke sekolah . Tanpa melakukan rutin harian aku sejak atokyah sakit, seperti salam beliau ataupun mencium beliau.

Sesi persekolahan bermula, sampailah waktu agama, pukul 9.20am waktu dah nak rehat badan aku dah naik macam merah merah becak becak, dan bakri saksinya, start dari masa tu badan aku rasa macam lemah sangat . dah habis waktu rehat, aku alhamdulillah okay balik .. Waktu dah nak pukul 11 aku mula rasa pening nak pitam nak tidur, time tu masa BM, aku kasitahu zamri yang aku rasa cam nak demam, zamri pun mungkin agak benda ni pun cam tak serisu begitu juga aku, dia pun gtaw cikgu Hisnida tapi dalam nada gelak gelak.

Sampailah waktu KH, aku still lagi pening pening , pukul 11.45 aku punya hati pulak tambah tak sedap, "Ya ALLAH .. Memang pelik , -pening+tak larat nak menulis+tak larat nak gelak+ tak sedap hati=PELIK- dalam masa 12.30 pening macam dah kurang tapi tak sedap hati makin bertambah, CIkgu Raavi buat lawak aku tak gelak walaupun orang fikir itu lawak. Sumpah aku tak tipu, aku tak gelak, aku tak fokus pun waktu tu, dia suruh salin, aku salin, tapi memang cincai boncai, bukti .... Nota KH aku. Ya Allah , pukul 1 dah tiba , lagi 10 minit sesi persekolahan akan tukar dari pagi ke petang , aku keluar kelas, rasa memang tak bermaya , dan tak larat , tengok bakri dah gerak, tak tunggu pun macamtu juga zamri, tetiba muzammil tegur ajak pergi solat zohor walhal zohor pun tak masuk lagi, aku faham maksudnya dia nak suruh aku tunggu ..

TAPI aku kata kat dia yang aku tak larat, dan lagipun kat surau ada kelas. Aku pun balik, memang lemah je kaki ni jalan, smapai selekoh depan sekolah dengar suara abah . yalah selalunya aku masuak sesi pagi ni aku balik sendiri , pastu tetiba waktu aku naik motor abah kata "........ takde." Wkatu tu aku tak dengar . "apa bah?" .. "Atok awak dah takde pukul 12.55tgh hari, mak baru telefon abah." waktu tu YA ALLAH tuhan je yang tahu , macam mana perasaan aku. Rasa macam nak jatuhkan badan dari motor pastu terlentang tengah jalan kereta lalu dengan kelajuan 150km/jam langgar aku. Ya Sedih . Hanya berapa minit sahaja lagi aku nak balik rumah , tapi malaikaat maut sesungguhnya hamba yang taat, dia menarik ajal yang dikehendakinya tidak lambat sesaat ataupun cepat sesaat .

Sampai je rumah nampak mak tengah telefon saudara mara , sebab time tu memang mak je yang tinggal kat rumah seorang . Arwah dah ditutupi dengan kain batik lepas, aku buka ya Allah , berbeza sungguh wajah tokyah waktu sakit dan waktu sekarang nampak putih dan suci , tuhan je tahu betapa sayup hati ni bila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita, Allahurabb. Air mata mula berkaca dalam mata, aku pun terus bersihkan badan dan buat apa yang sepatutnya .

Jenazah dibawa ke kampungnya semula, di Batu Belah, Kelang , Selangor, masa itu abah naik bersama van jenazah, aku dan angah temankan mak ikut belakang. ALong ? Masih didalam KTM.. Waktu van jenazah bertolak hujan masih belum turun , sesampai kat sana, hujan turun dengan lebat sewaktu memandikan jenazah, Allahu, aku memang seorang yang tak boleh lihat orang yang aku sayang dikafankan , sayup sedih nak meraung semua ada. Tapi time tud ah pukul 5 , along masih belumsampai..

****** Talkin sedang dibaca, mak(anak tunggalnya) aku dan angah baru sampai, along masih lagi belum tiba. Allahu, dah bersemadi jasadnya arwah nenda tercinta . Allahu, semoga rohnya ditempatkan digolongan orang beriman, Allahu, permudahkanlah segalanya, Allahu , moga moga arwah mampu menjawab segalanya .. Sampai ke sudah along tidak dapat berjumpa dengan jasad arwah . Memang sedih dan sayu. Insan itulah yang selalu memujuk dia dan kami sekiranya dimarahi mak atau bah, insan itulah juga yang akan memuji dia dan kami, insan itu jugalah yang mengasihi dia dan kami. Allahu , semoga kami dapat bertemu dan berkumpul semula suatu hari nanti disyurgaMU ya ALLAH ,. Pujian arwah yang terakhir pada aku adalah pada tahun lepas, ketika itu aku mendapat cindai emas di sekolah Allah, itu adalah pujian yang terakhir aku dengar dari mulutnya buat aku, wallahualam ,

Ya Allah , Rindunya aku pada dia, suaranya, gayanya, caranya, baunya, pandangannya, wajahnya, insya'allah akan tetap bersemadi didalam hati aku dan keluarga .. Alfatihah buat Nenda Tercinta, Allahyarhamah Jamaliah Binti Tamil . Moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman . Amin AMin Amin ya Rabbal alamin...