Thursday, January 23, 2014

Entah.

Assalamualaikum ,


Harini 23 Januari 2014, hari Khamis, Khamis minggu ketiga arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga... Al Fatihah . Hanyalah dengan surah itu dapat aku melepaskan rindu sambil membayangkan wajahnya dalam keceriaan .. Ya , taknak sedih dah , nak happy dah . Tapi memang tak boleh setiap sudut , setiap ruang wajahnya pasti akan aku terbayang , tidur pun macam tu juga, sebab sememangnya waktu along ngan angah kala dah balik asrama memang aku tidur ngan arwah berdua . Bermakna sudah hampir tiga tahun kitorang tidur berdua sahaja . Ya Allah ! Nak taknak yang hidup tetap akan pergi, dan yang hidup ni takkan nak pergi juga, hidup mesti diteruskan . Aku cuba ! Insya'Allah .

Harini, 23 Januari , Seronok ? Tak, pagi pagi lagi sampai dah kena marah . HAHA salah aku juga, pagi pagi kumpul Cikgu Jaspal tetiba tanya, "awak tugas hari apa ?"  Aku tak tahu sebba memang tahun ni aku tak jejak lagi librarynak pi tengok jadual tugas. malas kay nak naik tangga sampai tingkat 5 pastu kalau tak bertugas haritu aku kena turun balik . kay aku pemalas. tu je alasan, "Isnin Cikgu." "Awak pergi tak hari Isnin haritu." ceh padahal aku just dengar orang lain je cakap aku tugas hari isnin aku tak tahupun aku tugas hari apa. "Tak." Pastu cikgu warning apa semua ...,kay aku sedar dan aku akan cuba memperbaikinya . HAHA ayat . :P Selesai satu bab .

Then , kat sekolah tadi tahu pula ada ceramah maulidul rasul, kay penat kay angkut buku KH yang tebal tu kalau tahulah masa ke 7 ada ceramah tak payah bawak. Aku pemalas. Jeng jeng jeng.

mana saya ?
CREDIT FOTO:PENCERAMAH
LOL. Haa tengok rambut serabai kusut masai, time tu ngantuk gila, tah berapa banyak tah setan bergayut kat kelopak mata aku. haha TAPI walaupun lesu mengantuk waktu tu , alhamdulillah masih faham dan dengar .

Pastu balik. Sampai rumah tidur . Kay boring cerita kau zat . :P HAHA . Sape suruh baca . :P

P/S: Sebenarnya nak kasitahu tadi balik balik , buka peti surat dapat surat cinta yang dalamnya berisi button        badge. haha malas nak snap picture. kaybye :P


No comments: