Friday, June 13, 2014

CINTA

Cinta, 

Kau kata kau cinta, sedang kau tak mengerti apa itu cinta. Yang kau kata kau dilamun cinta, sedang cinta yang melamun kau hanyalah cinta yang digelar kemarau cinta. Kau tak pernah nak cari cinta yang sejati. Yang kau tahu kau dah pun dapatkan cinta, sedang masih kau tercari cari jawapan dari persoalan yang kau terbitkan dilubuk hati.

Cuma kau insan biasa, yang inginkan cinta si dia. Cinta merupakan anugerah ILLAHI. Sungguh mudah kau menjual cinta. Hanya sekelip mata Cinta kau menjadi Dusta . Hanya kerana cinta kau menjadi buta. Jangan menjadi hamba cinta, kelak kau juga akan merana.

Manusia dan cinta, cinta dan manusia saling melengkapi anak dan isteri sebagai peneman tidak dapat dipisahkan mahupun dinafikan, , sedang kau lupa Cinta yang tulus datang dari hati, adakah kau tak mengerti hati mampu melakukan apa jua yang kau ingini . 'Ikut hati kelak binasa', jangan kerana cinta yang dahagakan hujan, nyawa dipertaruhkan, dan menikam nyawa yang lain.. Sedang cinta yang sebenar hanya kepada RABBUL IZZATI , Allah yang Esa pemberi cinta .

Jangan mempertaruhkan cinta untuk nafsu, Jangan diikut nafsu yakni Nafsu yang lebih kepada Syaitan . Melainkan memang kau sahabatnya ? Mungkin . Hanya kau yang mampu mengajukan soalan itu pada diri kau .  


Maaf aku memang tak pernah rasa cinta melainkan cinta kepada insan yang bergelar ibu dan bapa  , MUNGKIN, tapi tak salah bagi aku untuk aku meluahkan apa yang aku rasa.  MUNGKIN.  ayat aku tak patut kau ambil tahu. Mungkin juga patut kau faham sebelum kau katakan sesuatu .

No comments: